Monday, June 15

Hanya Mampu

Ada satu billboard iklan di salah satu roundabout di Shah Alam (Shah Alam kan banyak roundabout) yang berbunyi lebih kurang begini:


Merokok hanya mampu mengurangkan jangka hayat selama 10 tahun.


Apa pandangan anda tentang ayat ini?


Pada pandangan saya, ayat ni seolah-olah nak kata, "Alah, merokok kurangkan hayat kita selama 10 tahun aje. Bukannya 20 tahun. Bukannya 30 tahun!"


Dan sungguhlah annoying di mata saya, iklan itu. Kata nak suruh orang berhenti merokok. Tapi ayat kat iklan tu macam menggalakkan pulak. Ke saya je yang tafsirkan ayat tu macam tu?


Anda pula, bagaimana?


P/S: Kepada orang itu, bilalah agaknya nak kurangkan merokok ni? Kalau tak dapat berhenti, kurangkan pun ok laa....



8 comments:

cysev3n said...

jom kita pakat2 spray buat strike through kat hanya tu.. kekeke..

ngajar org bikin vandalisme plak mak budak ni.. :P

jua said...

aah...jom kita buat cy. panas hati aku ni.

Unknown said...

CY3.5: Jom! Berbulu sungguh tiap kali mak lalu depan iklan tu.

Jua: Ni bukan panas hati lagi dah. Dah sampai tahap nak termuntah bila terpaksa jugak lalu situ setiap hari. Nyampahs.

MN said...

oh mereka yg berkenaan- TOLONGLAH REPHRASE AYAT ITU!
tak sesuweiii gitu.

Fid said...

ohhh kat roundabout 16 tukan..dekat shell tu

pada pandangan aku pula...
ia menyatakan TIADA KEBAIKAN merokok melainkan hanya mampu mengurangkan hayat anda 10 tahun..maknanya kalau kita target nak hidup 70thn..mampu hidup 60 thn saja laaa...(bkn ada ayat kecik ka kat situ??)

sesungguhnya merokok itu membahayakan diri dan orang lain...maka berhentilah merokok kerana .......apabila memudaratkan org lain...bukankah itu salah???
ka
tapi kalau mmg dah Allah kata kita hidup 70 thn mmg akan 70 thn la juga cuma kot kalu tak merokok mati sbb selsema..merokok mati sbb kanser peparu menderita 20 tahun!
pilih la nak mati dgn penyebab mana...kalu selsema ..selsema 2 hari goal! kalau kanser 20th menyusahkan anak bini!then baru goal!

Unknown said...

MN: memang patut rephrase sebab buat orang confuse

Fid: ada ayat kecik ke? hoho tak perasan la pulak. saya memang benci bau rokok. tapi orang itu taknak berhenti jugak hisap rokok. hmph!

Fid said...

hahahahahaaaa

akukan...aku ada 'sumpahan rokok'..tapi takleh tulis kat komen kot..sbb 18sx..kahkahkahkahkah

nanti aku wat entry berpassword la hahaaaaaa

Emma said...

utk perokok nie kan, tulih la mcm mana pun.. kata la mcm mana pun, masuk telinga kanan, kuaq telinga kiri... benci tul!!!

-mama emma-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!