Wednesday, July 29

Kenapa Saya Geli Dengan Cicak?

Rentetan daripada entri ini, saya cuma nak bagitau yang Imran mungkin ikut jejak langkah mamanya yang geli cicak. Hehehe.


Saya memang geli dengan cicak. Ada beberapa episod kisah yang sungguh gelis gelemans dalam hidup saya yang melibatkan cicak.


Kisah 1

Masa tu saya dalam tingkatan 2 ke 3 tah. Ada perjumpaan brass band di makmal komputer di asrama kami.


Saya duduk belakang seorang kawan saya ni. Dia nampak macam resah gelisah aje. Duduk macam-macam gaya, semuanya serba tak kena. Dok tergaru sana, tergaru sini.


Tiba-tiba, toing!!!!!


Terpacul muka seekor cicak di bahunya! Cicak tu masuk dalam baju dia, explore satu badan dan mengambil keputusan untuk keluar dari 'kawasan jajahan' (bawah baju) dan berjalan-jalan lagi, naik ke atas dan mengucapkan hello di bahu rakan saya.


Erk!


Menjerit-jerit kawan saya tu dibuatnya. Kesian dia.



Kisah 2

Masa ni saya tingkatan 4. Saya perhatikan ada seekor cicak di hujung katil kawan saya. Tapi kedudukannya tak merisaukan kami so kami biarkan ajelah.


Tak lama lepas tu, saya perhati lagi. Eh? Apasal cicak ni statik je? Disergah-sergah tapi buat derk aje.


Sudahnya kawan saya pi amik penyapu dan cuba kuis-kuis cicak tu. La.... dah arwah rupanya! Badan dia masih lembik-lembik lagi okeh! Eiiiiiiiiii!!!!!!!! Geli geleman haku bila teringat balik.


Nasib baik kawan saya berjaya menyingkirkan cicak itu dari terus bertakhta di hujung katil beliau.



Kisah 3

Pun di tingkatan 4 jugak. Saya tengah syok-syok mandi di bilik air di hostel. Saya ingat lagi, masa tu saya pilih bilik air yang hujung sekali.


Sambil mandi, saya perhatikan siling. Saya nampak ada sepasang cicak yang sedang merendek sambil menggoyang-goyangkan ekor masing-masing, betul-betul di atas saya. Euww nak cerita balik pun dah tak sanggup dah ni tapi kutabahkan jua.


Saya buat derk ajelah sambil mandi dengan kadar yang lebih laju dari biasa sebab dah geli dengan scene romantik cicak-cicak di siling itu.


Sekali tu masa bilasan sabun yang terakhir, cicak-cicak yang dah kepuasan klimaks ke hape tah tu jatuh ke lantai, betul-betul depan saya.


Wargh!!!!!!!!!!!


Menjerit la saya! Geli hokeh. Dah la sekor tu meluru ke arah saya. Saya yang sedang mandi tanpa seurat benang ni cepat-cepat la capai towel, balut badan dan terus keluar dari bilik air tu.


Geli! Geli! Geli! Hish. Rasa tercemar ternoda satu badan, walaupun cicak tu tak jatuh atas badan saya pun.


Semenjak hari tu, dah jadi kebiasaan pulak, kalau sebelum mandi saya pandang siling dulu untuk pastikan takde cicak menjalankan projek mereka di atas saya.


Gelis nyah!


P/S: Ingat nak letak gambo cicak kat sini tapi haku geli. Apa kes letak gambo cicak kat blog sendiri? Hish.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!