Tuesday, August 18

Dua Kisah

Kisah 1


Alhamdulillah, nampaknya usaha untuk potty training Imran semakin menampakkan hasil.


Imran dah reti nak sound bila dia rasa dia nak kencing. Dan juga nak poo-poo. Pastu, kalau pakai diapers, dia cepat rasa rimas kalau orang lambat tukarkan diapers bila dia kencing atau poo-poo.


Oh, teringat mama pasal satu insiden ni. Malam Ahad tu, Imran nak kencing. So bawaklah dia ke toilet. Sampai toilet, dia pun mencangkunglah. Mencangkung mengadap sinki. Tengah syok-syok melepas, lalulah seekor cicak durjana ke arah sinki tu.


Mama ternampak cicak tu, terus la kata, alamak, ada cicak la pulak. Imran pulak, apa lagi, terus berdiri, keluar toilet. Muka cuak tak hengat punya!


"Cak! Cak!" Muka panik gila. Mama tak tahan terus gelak. Nasib baik la dah selesai membuang. Kalau tak, harus tercicir-cicir hasil buangan tu.


So sampai sekarang Imran takmo membuang kat toilet tu. Tapi mandi boleh pulak. Sungguh la mama tak paham nak oii...


****************


Kisah 2


Saya sebenarnya agak risau dengan sleeping pattern anak-anak saya. Diorang ni tidur lambat gila. Kadang-kadang pukul 1.30 pagi baru tidur.


Agak susah bagi saya nak tidurkan kedua-dua budak aktif ni serentak. Bila sorang dah mamai, yang sorang masih aktif. Bila sorang aktif, yang si mamai ni nakk jugak main. Ataupun, bila sorang dah tidur tapi tak berapa lena, yang sorang lagi sukaaa la menjerit-jerit sampaikan yang sorang lagi tak jadi tidur.


Buat masa sekarang ni, tugas menidurkan anak-anak dibahagi kepada dua. Saya tidurkan Irma sebab dia nak nenen. Adik saya tidurkan Imran di bilik lain. Tapi, still, dua-dua ni tetap nak tidur selepas pukul 12 malam. Kalau pukul 11.30 malam tu boleh menjerit huha-huha lagi.


Ohh saya sangat jeles bila anak orang lain tidur seawal 9.30 malam. Nak kata anak-anak saya tidur siang, kadang-kadang tu tidur kejap je dalam setengah jam gitu.


Macamana ek nak bagi anak tidur awal? Saya sudah tidak larat nak ke ofis dengan mata panda nih. Nak korek idea berblogging pun susah (haha relevankah?). Saya selalu weng di jam-jam pertama saya di ofis. Oh saya tidak suka!


5 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Bijaknya imran alhamdulillah..lepas ni sekurang2nya dah jimat duit diaper sebungkus..pasal ajar anak tidur awal aku pun masih fail lagi..:P

Fara said...

ku baca kisah pertama tu...tergelak-gelak dgn kaletah imran...

3740Journal said...

i pun menghadapi dilema yang sama. jeles dengan anak org yang tidur awal. anak i takkan tidur selagi kitorg tak tidur. pastu susah lak tu nak tidurkan..hmm

Unknown said...

roza: hopefully gitu la. nak beli cd sudah takde saiz. oh sufira pun tidur lambat ke?

fara: ohh kalo berada di tempat saya masa tu laaagi tergelak besar. haha.

azza: sama la. mungkin kita pun patut tidur awal sama dengan anak2?

babycomel said...

dulu2 aina pun tido lambat...apa yg saya praktiskan ialah 9pm bawa dia msk bilik, matikan lampu pastu buat2 tido...

dia kan nyusu badan so klu dia betul2 ngantuk trus lenale tp klu dia taknak tido lg dia akan bangun main tp saya buat2 je tido lama2 dia bosan main seorg tido le tu...kena buat byk kali baru leh jadi habit...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!