Wah... rata-rata blog yang saya jengah semuanya menceritakan tentang juadah berbuka puasa.
Memandangkan tahun ini saya berpuasa di Cheras maka menu berbuka disediakan sepenuhnya oleh bonda tercinta. Hehehe.
Hari pertama puasa, berbuka dengan fillet ikan sweet sour, sayur campur dan tomyam ayam+sotong. Minum teh o suam. Untuk desert ada juga sago gula melaka.
Hari kedua, En Abah request nak berbuka di ruma MIL. Maka ke Seremban lah kami. Oh kalau di Seremban memang mewah bila berbuka.
Semalam makan ikan masak kicap tapi pedassss, asam rebus ikan pari (menu khas untuk En Abah), kari ayam, ulam kacang panjang, salad dan petai belalang. Pastu siap ada air tebu, buah tembikai dan betik serta pengat. Wow. Sendat perut mak, nyah!
Er... korang pernah tak makan petai belalang? Rupanya macam petai tapi saiznya kecik2 aje.
Haaa inilah petai belalang
Sebenarnya saya baru first time tengok petai belalang ni. So agak jakun di situ. Hahaha. Tapi entah kenapa saya kurang berminat pulak nak cuba makan semalam. Mungkin next time kot.
Bercakap tentang puasa, biasanya keadaan trafik amat-amatlah sesak selepas habis waktu bekerja. Setuju? Saya tak tahulah kat tempat korang tapi kalau kat tempat saya ni, jemnya mengalahkan apa. Kat gate depan tu sure sesak banget lah. Agaknya semua menyerbu nak balik cepat2 sebab nak masa atau nak pi PaRam*.
Entah pukul berapalah agaknya saya akan sampai di Cheras. Kalau ikutkan sejarah tahun-tahun lepas, biasanya memang akan berbuka dalam kereta aje lah. Huhu. Nak dekat habis waktu Maghrib baru la selamat sampai Cheras.
Tapi untuk seminggu pertama ni cuti sekolah kan? Pagi tadi jalan adalah smooth sahaja. Tapi tak tau lah petang ni kot-kot parents semua berpusu-pusu nak balik awal berbuka dengan anak-anak.
Harap-harap kurang lah sikit kesesakan lalu lintas kali ni. Kalau tak, nampaknya terpaksa la saya dan En Abah berbuka dulu di Shah Alam, then baru balik ke Cheras. Setiap hari. *sigh*
Oh ye. Nak promote sekali lah kat sini. Sesiapa yang tinggal dekat-dekat area Seksyen 18, Shah Alam tu, jemput lah ke area Ole-Ole ok. En Abah ada buka gerai depan Hari-Hari tu. Ada jual capal kulit dan jugak belt. Insyaallah tak lama lagi ada jual wallet jugak. :)
*Param dah meninggal kan? Tetiba je teringat bila sebut PaRam (Pasar Ramadhan).
3 comments:
buk
saya rasa saya ada menulis entry bab petai belalang nih
kami makan mcm mkn kacang kahkahkahakh
oh ada eh? tak perasan pulak. sedap ke petai belalang ni? rasa sama mcm petai biasa tu jugak ke?
oohh..sy sgt suke petai belalang.. tp mmg ramai yg tatau petai nih leh makan.. tepi jln bersepah2 pokok dia, tp sy malu nak kutip.. jd telan liur je la.. ahahha
Post a Comment