Thursday, January 22

Ku Dikasihi...

Oh mama di-tag lagi. Kali ini dari mommy2h dan Cikgu Intan. Thanks kawan-kawan!

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Mommy2h a.k.a Zil
Saya kenal mommy comel ini semasa zaman ijazah dulu. Dia sekelas dengan saya tapi tak lama sebab lepas tu dia sambung belajar ke Jepun. Lost contact begitu aje. Bertahun-tahun. Tup-tup terjumpa pulak kat alam siber ni. Mommy2h merupakan ibu kepada dua anak lelaki dan meng'home school' kan anaknya, yang mana pada pendapat saya tersangatlah bagus dan saya teringin mengikut jejak langkahnya tetapi saya tak de masa (read: malas). Secara fizikalnya mommy2h adalah sangat comel sekali dan ye, bak kata beliau, beliau bercakap dengan laju dan ini menambahkan lagi kecomelan beliau.


Cikgu Intan
Beliau merupakan seorang guru dan ibu kepada 2 anak dara yang comel-comel. Saya mengenali beliau hanya di alam siber dan tak pernah bersua muka lagik. Pada pendapat saya beliau ialah seorang yang sangat sayangkan keluarganya. Baru-baru ini beliau kurang sihat dan kakinya terseliuh dan saya berharap beliau akan cepat sembuh.

Sungguh skema ayat saya di pagi hari ini.


3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya

  1. Saya seorang yang suka makan dan suka try pelbagai jenis makanan asalkan yang halal. Kalau ada menu yang rasanya macam pelik-pelik aje bunyinya, atau lain dari yang lain, saya mesti cuba. Unless kalau menu tu mahal sangatla. Sebab itu, diri saya yang sememangnya telah sedia berat ini bertambah-tambah 'comel' dari sehari ke sehari.


  2. Saya suka tengok halaman rumah yang ada banyak pokok-pokok yang meredupkan pandangan mata dan banyak bunga-bunga tapi saya sangatlah tidak ada talent dalam menghias landskap rumah. Saya juga seorang yang tidak punya 'green hands' (betul ke ada istilah ni?) di mana pokok-pokok yang saya tanam biasanya mempunyai jangka hayat hidup yang pendek aje. Sangat pendek.


  3. Saya suka bawa kereta laju-laju tetapi suami saya tak suka saya bawak kereta laju-laju. Dia bawak laju takpe pulak. Oleh itu, saya bawak kereta sesuka hati saya bila saya drive sorang-sorang aje.


  4. Saya teringin nak jadi fulltime SAHM dan mendapat 'gaji' sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Gaji bersih ye. Di mana gaji itu saya akan gunakan sesuka hati saya tanpa perlu membayar apa-apa hutang.


  5. Saya teringin nak baking itu cake, cupcake mahupun brownies sebab saya suka makan benda-benda yang menggemukkan itu. Tetapi saya tak reti dan rasa macam "susahnyaa nak buat kek". Hohoho. Tak senonoh punya mindset.


  6. Saya tak suka diganggu ketika sedang buat sesuatu. Contohnya ketika menonton movie di TV atau membaca novel, majalah, mahupun suratkhabar. Ini kerana, bak kata suami saya, saya seorang yang fokus. Tapi saya rasa fokus bukanlah perkataan yang sesuai. Saya cuma suka 'masuk' dalam sesuatu benda yang saya baca atau tengok. Kalau saya menonton movie atau membaca novel, saya akan jadi ralit dan kemungkinan sesiapa pun yang panggil saya, saya tak akan dengar.


  7. Owh. Baru nombor 7 ye. Hm... Saya jenis yang risau bila tengok sesuatu stok dah nak habis. Contohnya, diapers atau susu anak. Kalau tengok diapers tu tinggal sikit je, padahal cukup untuk 2-3 hari lagi, saya dah mula risau dan akan pergi membeli stok diapers baru. Same thing for susu, sabun basuh, ubat gigi etc.


  8. Saya seorang yang comel lagi mencomelkan (amende la ayat?). Sejak dari kecik lagi, seawal umur 3 tahun saya dah start 'comel'. Ikut sejarah, pada asalnya saya seorang yang bersaiz kecik dan tidak mahu makan solid sehingga berusia setahun lebih. Hari-hari hanya minum susu. Seorang relative yang sibuk ambik tahu hal keluarga saya telah mencadangkan kepada mak saya supaya bawa saya pergi berubat. Maka saya diberi makan sebiji telur rebus yang di'mandrem'. Sejak itu badan saya bertambah-tambah comel bagai dipam-pam.


  9. Disebabkan semasa kecik saya hanya minum susu sahaja dan tidak mengambil solid, maka saya ni bolehlah dikatakan hampir kena anemia dan bibir saya juga pucat jika tak pakai lipstick. Kekurangan zinc barangkali. Agaknyalah. Oleh itu amat senang bagi saya mendapat MC jika pergi klinik walaupun saya hanya kena selsema sikit-sikit aje. Tips nya? Tak payah pakai lipstick. Pasti doktor akan bagi MC sebab risaukan muka saya yang pucat semulajadi. Hehehe.


  10. Hoyeh yang terakhir. Kecik-kecik dulu saya pernah cuba-cuba nak tulis novel tapi hanya separuh jalan. Sekarang pun saya dalam usaha nak tulis novel tapi baru sampai bab tiga. Wakaka. Takde inspirasi dan idea kering. Saya karang dan simpan novel saya di sini, di mana terdapat banyak karya-karya anak-anak muda yang bagus-bagus dan segar. I like. Kalau kawan-kawan nak baca novel suku jalan saya tu, jenguk-jenguk lah ke sana dan cari 'nama pena' saya. Kepada yang kenal saya di forum, mesti tau nama pena saya. Sangat obvious.




Okeh. Selesai sudah tag ayat skema ku. Akan ku tag orang-orang ini pulak:
Opie
Rose Zan
Izan
Umie
Afkar'z
dan sesiapa yang belum di tag lagi.

8 comments:

cysev3n said...

beb.. apa kes makin lama makin kecik tulisan hang.. nasib ada Ctrl+.. kalau tak, haru aku nak baca nyah!

Unknown said...

itulah pasal memula tak perasan
hahahah.

dah betulkan balik dah. kalu dak harus cik yan tambah power spek nanti. :P

sayangibu said...

ahakss..sungguh kuterharu membaca statementmu berkenaan diriku...:)

~Umi.Sufira~ said...

Zety, tang makan telur kena mandrem tuh aku tak tahan..kehkehkeh...macam2 kepercayaan orang 'Dewasa'a.k.a tu* ni yer..

m-i-o said...

yang fakta no 6 tu kite pn sama la! hahaha!
tp sy pkai istilah "menghayati watak" instead of "masuk". ngeeee~

Opie said...

hilang ke aku nye komen...????

Unknown said...

Intan: terharu ke? hehe. fakta tu tau.

Roza: Siyes aku tak tipu. Semua mak sedara aku pun cerita benda yang sama. Aku telah di mandrem. Huhu.

Zufa: hoh haah lupa pulak pada perkataan 'menghayati watak'. masa taip tu dok pikir apa laa word yang sesuai. last2 guna perkataan 'masuk'. kehkehkeh.

Opie: Awat komen hang hilang? Taip semula. Hehehe.

Mommy2H said...

tenkiu tenkiu..naiklah sahamku selepas ini..kekekekeke

bab jadik sahm tu saya dah berjaya tapi tak dapat gaji rm5ooo maka tak best la jugakkk..hehe

hasben saya jugak cakap saya selalu 'masuk' dalam tv kalau tgk cerita..hahaha..kira sama la kita ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!