Selepas habis office hour, singgah sekejap ke pasar Seksyen 6 sebab nak jumpa SIL. Masa tu, tengok jam dah pukul 6 petang. So alang-alang dah lambat gitu, teruslah singgah PaRam di situ. Beli bekalan untuk berbuka dalam kereta.
En Abah penat so dia tunggu dalam kereta sahaja. Sempat pesan nak air tebu, ayam percik dengan popiah goreng.
Jalan punya jalan. nampak ada dua gerai jual ayam percik. Satu RM3, satu lagi RM5. Hui mahalnya ayam percik zaman sekarang ye. Untuk En Abah yang RM5 sebab yang RM3 tu portionnya kecik aje (bahagian peha). For me, beli yang RM3 aje cukup. Lagipun 'kawan baik' tengah datang so takyah le beriya bebeno nak berbuka puasa.
Ayam percik settle. Air tebu pun settle. Tapi popiah goreng takde la pulak. So, next time la ye En Abah.
Alhamdulillah jalan adalah agak smooth (sebab dah nak dekat berbuka kan) tapi lepas aje tol Metramac yang 50 sen menghala ke Connaught tu, super jam! Maka, berbuka dalam kereta lagilah kekdahnya. Huahua.
Sampai rumah, ada mee hoon goreng. So, pecah rekod la semalam berbuka TANPA NASI. Hahaha. Tapi walaupun tak makan nasi, kalau makannya 2 pinggan, apakah maknanya weh? Takde maknanyaaaa.....

1 comment:
baca menu bee hoon goreng tros tingin.... saya mau....
Post a Comment