Friday, October 30

Akhirnya...

... kami memilih untuk menonton Jennifer's Body.




Hmph. Nak buat macamana. Papadom pukul 6 lebih. Koser nak tengok wayang time nak dekat Maghrib.


Komen saya?


Megan Fox berlakon tak best! Wahaha. Biasa-biasa saja.


Jalan ceritanya pun biasa-biasa aje. Saya yang penakut pun boleh layan cerita ni. Hm... tahap seramnya ala-ala Supernatural saje. Or mungkin boleh disamakan dengan Keliwon. Ngeh ngeh. Tower 13 lagi seram uols.


Kisahnya, (ini adalah sedikit spoiler, sila jangan baca kalau ada intention nak tengok citer nih) si Jennifer (Megan Fox) ni ajak kawan baiknya, Needy (Amanda Seyfried) tengok live performance indie band kat satu bar ni. Then tetiba je bar tu terbakar, and Jennifer ni ikut band tadi lari dalam van. Kawan baiknya pulak rasa tak sedap hati sebab band tu semacammm je.


Tengah-tengah malam Jennifer datang rumah kawan baik dia ni dengan berlumuran darah. Perangainya pun berubah, tak macam Jennifer yang asal.


Kemudian setiap bulan pulak mesti ada budak lelaki kat high school diorang ni mati dibunuh. Dengan kejam. Si Jennifer pulak sehari selepas kes bunuh tu mesti mukanya nampak berseri-seri, rambut pun bersinar-sinar macam rambut dalam iklan syampu.


So, dari situ dah boleh agak kan apa yang jadi? Saya tinggalkan cerita tu tergantung je kat situ. Hihi.


Kesimpulannya, kan bagus kalau cerita Papadom semalam pukul 5 ke, 5.30 ke. Huhu.


Ada satu cerita ni saya agak teringin jugaklah nak tengok - Law Abiding Citizen. Nampak macam ok je. Ada kawan-kawan yang dah pi tengok?




2 comments:

~ As ~ said...

weiii apa ni.....cerita la smpai abis... T_T

Unknown said...

ahaha.

kan dah kata 'sedikit spoiler'. kalu bagi banyak-banyak kang tak jadi orang nak tengok cerita tu. ngehngeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!