Thursday, October 29

Rehat

Setelah berhempas pulas menyiapkan report hingga jauh malam di ofis selama beberapa hari, maka saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri hari ini.


No, bukan mengelat tak buat kerja ok. Tapi ada gak berblogging sekejap-sekejap :P


Saya pulang awal hari ni. Cadangnya nak mengajak En Abah menonton wayang dekat-dekat Shah Alam ni. Mungkin di Bukit Raja atau di Summit USJ. Tak tahu lagi.


Nak tengok cerita apa pun, tak tahu lagi. Ingat nak tengok Papadom. Tapi En Abah nak tengok Jennifer's Body sebab nak jamu mata tengok Megan Fox. Nyampah I tau.


Sekejap lagi sampailah cinta hati saya tu.


Daa... (sambil melambai tangan)




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!