Monday, October 26

Family Day @ Kalumpang

Bertolak dari Shah Alam pukul 12.15 tengah hari. Berkumpul di perkarangan Ko.lej Ser.oja. Sempat saya singgah ke ofis untuk buat kerja sikit. Huhu. Kan saya dah kata saya dapat kerja last-last minute hari tu.


Dalam perjalanan Irma muntah selepas makan kuih apam. Nasib baik tak banyak sangat muntahnya.


Singgah sekejap di R&R Rawang (kalo tak silap) untuk lunch. Sekali lagi Irma muntah lepas makan mihun sup. Kesian Irma. Perut kosong sampai ke Kalumpang.


Tiba kat Kalumpang pukul 2.15 petang. Mula-mula tu driver bas takmo masuk sebab jalan kecik. Tapi setelah dipujuk, driver yang baik hati tetaplah cuba jugak meredah jalan yang kecik itu.


Tabik spring lah sama driver bas tempat kerja saya. Memang handal memandu hatta di tempat sempit pun. Selamat kami semua sampai di Kalumpang Recreation & Training Centre (KRTC).


Sampai di pintu masuk kami disapa "Assalamualaikummmmmm!"


Oh rupanya ada burung (burung spesis apa ek?) yang bagi salam. Kehkehkeh. Tokojut den! Ingatkan siapalah yang bagi salam siap berlagu bagai.


Saya diberi kunci chalet Merbah 2. Betul-betul di tepi sungai. Memang heaven lah. Dari dalam bilik dah dengar bunyi deruan air. Rasa macam nak tido sentiasa. Hehe.


Chalet, atau lebih sesuai dipanggil bilik adalah basic saja. Ada katil saiz permaisuri, locker besi, aircond, TV 14 inci (bilik sebelah saya dapat TV besar. tak aci!), bilik air yang airnya sejuk gilos, dan termos. Kettle takde. Kalau nak air panas, sila minta di kafe di luar pintu masuk tadi. Air masak pun.


Lepas letak barang, kami anak beranak terus serbu sungai. Sejukkk!!!! Saya hanya mampu meletakkan bontot punggung di batu sungai sambil rendam kaki dan dukung Irma. Nak mandi? Mak tak sanggup uols! Sejuk!


En Abah bawa Imran mandi sekali. Amboi kemain anak jantan tu suka main air. Sampai takmo keluar!


Dalam pukul 6 petang kami berkumpul untuk sesi BBQ pula. Tapi tiba-tiba hujan la pulak. Nasib baik kami minta pihak KRTC sediakan khemah. So, tempat BBQ tu terpaksalah diletakkan bawah khemah. Hamek ko satu khemah berasap. Haha.


BBQ pada malam itu ialah sosej, udang, ikan kembung, ikan jeket, ikan pari, kambing dan ayam. Ada jugak nasi goreng yang pedas dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Staf ofis saya pula masak sayur campur goreng kat situ. Ye, kami pakat-pakat bawak kuali dan dapur ke sana nyah!


Ada cabutan bertuah. tapi nampaknya saya tak berapa bertuah la kali nih. Kemudian ada hadiah untuk mereka yang sambut birthday September & Oktober. Sayalah salah sorangnya. Hihi.


Imran sepanjang waktu BBQ adalah OK saja. Tapi Irma pulak meragam. Lapar agaknya. Kesian dia. Sebelum tu bagi dia susu, tapi muntah jugak. Haih. Tak sampai hati saya tengok. Masa tu makanan pulak belum sampai. BBQ pun belum siap dibakar.


Tuala pun saya tak bawak. Nak tak nak pinjam lah tuala Good Morning yang staf bawa untuk BBQ ni. Oppss tuala bersih ye, bukan yang dah digunakan tau. Lepas dapat tuala baruulah Irma ok. Sayangnya bila makanan dah sampai, Irma pulak dah lena. Nak kejutkan tak sampai hati.


En Abah pula sibuk jaga makanan BBQ. Kiranya salah sorang orang kuat bahagian BBQ la tuh. Hehe. Alah sebenarnya dia nak 'chop' kambing la tu. Macamlah saya tak tahu. Haha.


Malam tu, kensel plan nak join karaoke sebab Irma dah tidur. Lalu dengan badan hati yang berat maka kami pun pulanglah ke bilik. Elok je letak Irma atas katil, dia bangun pulak. Cett! Saja je takmo mama dengan abah pi karaoke ye? Hehehe.


Tapi kami memang dah penat dah masa tu. So, elok je pukul 10.30 malam kami dah zzzz... Alhamdulillah Irma pulak berjaya minum susu tanpa muntah. Kalau tak, sure malam tu dia tidur dengan perut kosong je :(


Paginya breakfast pukul 9 di kafe. Sekali lagi dengan nasi goreng yang pedas. Selepas breakfast ada sukaneka pulak. Tapi biasalah, saya tak dapat nak join. Irma asyik nak berdukung, Imran pulak berlari ke sana sini. Bersukaneka dengan anak-anaklah kekdahnya :)


Untuk acara kanak-kanak, saja saya suruh Imran join. Untuk acara tiup belon, orang lain tiup belon besar-besar, Imran pulak lepas je dapat belon terus lari ke garisan penamat. Heheh. Untuk cari gula-gula dalam tepung, budak lain tiup tepung tu, Imran pulak ada orang lain yang tiupkan. Dan carikan gula-gula tu untuk Imran. Budak lain dapat 7-8 biji gula-gula, Imran dapat 2 biji. Tu pun dia tak puas hati sebab gula-gula tu dia kena letak kat garisan penamat. Haha.


Masa acara lumba lari, budak-budak lain berlari ke garisan penamat lepas wisel ditiup, Imran pulak patah balik ke En Abah. Haha. Memang dapat no 1 lah. No 1 dari belakang. Tak kisahlah kan Imran. Asal kita enjoy!!


En Abah pulak join Lumba Lari Kaki Tiga. Dapat No 1... dari belakang jugak. Kahkahkah. Dapatlah rembat sebijik hadiah. Hihi.


Lepas sukaneka acara bebas dalam sejam gitu. Orang lain sambung mandi sungai, saya sibuk mengemas barang. Tak koser aih nak bawak budak-budak mandi, kendian nak bilas dan tukar baju diorang. Kalo bawak kereta sendiri takpe la jugak kan. Ni naik bas. Nanti buat orang lain tertunggu-tunggu pulak.


Pukul 12 lunch dulu. Nasib baik lunch lauknya sedap. Not bad lah. Bolehlah budak-budak makan.


Pukul 1.45 petang kami pun ucap bye-bye lah ke KRTC. Kesimpulannya, memang best mandi kat sini. Tapi kalo takat tidur satu malam, dan penuh pulak dengan macam-macam aktiviti, memang tak puaslah jawabnya.




4 comments:

Norhadar Taharuddin said...

.:: Hehehe!!! Cam seronok je ye Kak Zetty... Tido malam kat sana memang besh!!! Huwaaaaa!!! Nak pi Kalumpanggg!!! ::.

Mrs Azarol said...

wah dapat yang depan sungai. bestnya.. orang kata yg depan sungai tu susah nk dpt..berbulan org dh booking

Unknown said...

Mr & Mrs Mondok,
Memang seronok! Rasa macam nak pi lagi sekali!

mrs azarol,
memang staf dah book kan berbulan sudah. kalau tak silap bulan 6 hari tu kot.

m-i-o said...

uissh, mak saspek la nyah! kalo mak, pegi tempat cenggitu bawak anak naik bas - haihhh, mak surrender! rela tak pergi walau betapa best sekalipun.

heee :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!