Monday, October 12

Hujung Minggu Yang Mengenyangkan

Hari Sabtu ada 4 jemputan. Tapi hanya mampu attend 3 sahaja. Waktu clash la pulak.


Mula-mula ke Bangi. Rupa-rupanya rumah kawan En Abah ni sederet dengan rumah SIL. Hehe. So singgah la rumah SIL kejap.


Kemudian ke Meru pula. Ada dua rumah nak kena serang. Kena serang dengan Imran dan Irma la, apa lagi. Sebab diorang ni memang suka menjenguk bilik air rumah orang. Hehehe.


Dan mamanya lah yang paling berpeluh sekali semasa membasuh bonbon dan memakaikan diaper diorang sambil menyinsing lengan baju kurung.


Hari Ahad lagi lah kepenatan. Bermula dengan wedding di rumah sedara En Abah di Klang, kemudian ke rumah sedara di Sri Petaling. Ingatkan nak ke Ampang pula tapi tak sempat. Majlis kat Ampang 11 sampai 1 je. Takkan nak terjah rumah orang pukul 3 pulak kan.


Dari Sri Petaling ke Sri Damansara pula. Cadang nak ke Kajang tapi tak sempat dan tak larat. Saya betul-betul kepenatan. Bukan penat makan, tapi penat me-monitor kanak-kanak aktif yang suka-suki pegang itu-ini kat rumah orang.


Penat woo!!


Dalam perjalanan balik Imran nak tidur atas pangku saya pulak. Ohh sangatlah kekejangan kaki mak nak menampung anak teruna itu.


Malam tadi Irma pula taknak tidur. Pukul 2 pagi barulah dia lena. Sangat mengantuk pagi ni!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!