Thursday, October 1

Imran Oh Imran #2

Berat Imran sudah cecah 18.5kg sekarang. Huii boleh tahan kan? Nak dukung pun dah tak larat dah. Takat 5 minit bolehlah.


Baju pun saiz budak umur 4 tahun. Hari tu masa nak raya, belikan jeans saiz 4 tahun. Bukan seluar panjang tapi bermuda. Elok-elok tinggi dia lah. Tapi boleh pulak terlepas pandang yang jeans tu pinggangnya bukan jenis getah. Ah sudah! Lepas beberapa jam pakai jeans tu Imran pun mengadu sambil tunjuk bahagian pinggang,

"Mama, akit.."


Nampaknya jeans tu boleh dipakai untuk raya je lah.


Perlukah saya risau dengan berat badan imran ni? FYI, Imran memang suka makan. Nampak je kita duduk kat meja makan, dia tetap nak join. Padahal dia baru je lepas makan!


Orang kata, budak tengah membesar jangan disekat sangat makan minum dia. Habih tu, kalau budak umur 2 tahun tak muat pakai seluar budak umur 4 tahun, tak ke harus dikurangkan sikit makan minumnya?


Apa pendapat korang?




7 comments:

cysev3n said...

18kg adalah berat Amir Husaini.. ngeee..

check la range.. kot agak terlebih, mungkin patut kawal la dari skarang..

mommylyssa said...

Mungkin bukan sekat food intake dia, more like kawal so that dia makan yang berkhasiat sahaja ;-)

Unknown said...

CY,
rasanya memang dah kompem terlebih sudahh... :)

mommylyssa,
Betul jugak tu. tapi dah namanya duduk dengan atuk nenek, semua yang dia nak, dia dapat. hmm...

Mamamarina said...

its not the food taken i think.. but the nutrients inside..

~Umi.Sufira~ said...

Bagi aku lak..sementara dia nak makan biar je...jadi macam Syaura dah nak 6thn baru 16kg..lagi aku risau:P

Mommy Harith Hannah said...

Wahhh, kalah anak bujangku yang dah 3 thn stgh! Hakim baru 16 kilo.

Eh, same dgn kak Syaura ekk...

Unknown said...

Mamamarina,
Ye lah kan. Harus dipantau nih.

Roza,
Ok lah tu. Berat standard budak darjah satu dalam 18-20kg. Kalau tak silap aku lah.

Genki Momma,
Sebab tu ala-ala risau tu. Asalkan Imran jangan jadi macam mama nya udah le hihi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!