Thursday, October 29

Anak Awan

Sangat busy sejak minggu lepas. Ni baru balik dari meeting. Berehat kejap mengadap blog terchenta.


Kisah terbaru Imran, sejak kami di KK lagi dia dok kata 'umah Alap' (rumah Asyraf - sepupu Imran di Seremban) banyak kali. En Abah berjanji dengan Imran yang kami akan pulang ke Seremban minggu depannya - terlupa la tu yang kami ni nak ke Kalumpang.


Minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Shah Alam, Imran dok sebut-sebut lagi 'umah Alap, umah Alap'. Dia ingat kami nak ke Seremban la kot.


Malam tadi, En Abah tanya,

'Imran, minggu ni kita balik umah Alap nak?'


Tau apa Imran jawab?

'Anak. Anak awan.' (Tak nak. Tak nak kawan)


Aiseh. Merajuk dengan En Abah agaknya sebab tak tunaikan janji nak bawa dia ke umah Alap. Hehe.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!