Wednesday, November 18

Honk! Honk!

Baru je publish entri berkenaan kereta kecik semalam. Tup tup hari ni saya nyaris nyaris eksiden!


Saya tahulah saya bawa kereta kecik. Tapi kereta saya warna merah menyala ok! Takkan kamu tak nampak saya sedang memandu?


Kamu kat simpang nak belok ke kanan kan? Dan saya datang dari kanan kamu. Dah la kamu tak bagi signal. Lepas tu kamu teruusss je nak keluar simpang tanpa lihat kiri kanan. Padahal saya dah dekattt sangat dengan kereta kamu.


Kamu masih mamai kah pagi-pagi begini (tadi)? Atau warna kereta saya tak cukup 'menyala'? Atau kamu lupa pakai cermin mata?


Nasib baik saya sempat hon dan brek, tahu? Kalau tak, kita berdua pasti sedang tersadai di balai polis trafik. Tahu pula kamu terkejut ketika saya hon. Saya tak suka hon-hon kereta lain ni. Tapi kalau dah lagi beberapa inci kereta saya hampir bercium dengan kereta kamu, maka sudah seharusnya saya terpaksa membunyikan hon.


Nasiblah.



3 comments:

wuzz_in said...

saya juga hampir eksiden pagi tadi.Maka saya adalah geram.Sungguh lah menyusahkan org je, org2 begini..ewah teremosi lak.hehe

Queenin Murni said...

pheww!! selamat kamu selamat..

thanks to mr honk! :)

Unknown said...

wuzz in,
memang patut emosi bila jadi bend gini. kan kan?

qm,
yup. thanks to mr honk keta adik saya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!