Hello!
Saya baru sampai ke rumah pukul 1.30 pagi tadi. Pagi ini adalah sangat Monday blues. Mengantuk yaamat!
Banyak benda yang nak diceritakan.
Last minute plan menjadi juga akhirnya. Kitorang ke Langkawi!
Asalnya En Abah kena ke Sungai Petani. Dah alang-alang ke sana, singgah le ke Langkawi. Eheh.
Mula-mula takut jugak tak dapat bilik dengan kereta sewa sebab maklumlah, cuti sekolah, public holiday, weekend pulak tu. Tapi, Alhamdulillah dipermudahkan semuanya.
Nak cerita in details adalah tidak kuasa sebab saya sangat mengantuk sekarang ni. Macamlah drive. Dok nganga je dalam kereta pun penat. Muahaha. Nanti bila dah pindahkan gambar ke PC barulah akan dibebelkan lagi. :P
Aktiviti shopping tiada dalam senarai melainkan shopping chocolate dan t-shirt sahaja. Last minute lah katakan. Maka budget pun ala-ala last minute jugaklah. Tapi dah namanya peminta tegar chocolate kan. Haruslah beli!
Nak naik cable car, tapi angin kuat (Sabtu). Diorang tak bagi naik. Memang ralatlah rasanya. Huhu. Sudahnya ke Underwater World. Bawak budak-budak, memang excited lah masing-masing.
Hari Ahad pi island hopping pulak. Harga memang best lah. RM25 per pax. Anak-anak adalah free sebab bawah umur 3 tahun. Start tahun depan Imran dah kena charge la nampaknya. Ke Pulau Dayang Bunting, Singa Besar dengan Beras Basah. Tapi sekejap-sekejap aje lah. Mungkin sebab tu murah kot.
Bertolak dari jeti Kuah pukul 5.30 petang. Padahal tiket kami pukul 6.30! Sebabnya feri yang pukul 5.30 tu banyak lagi yang kosong so diorang suruh masuk je. Kitorang masuk ajelah kan! Sampai Kuala Kedah pukul 7 lebih. Sangatlah penat masa tu tuhan je yang tahu. Bukan penat apa. Penat melayan karenah Imran dengan Irma. Yelah, budak-budak bila dah letih mulalah meragam satu macam kan. Asyik menangis je. Penat mak nak pujuk.
Haih. Tak nak bebel konon. Ok lah. Nak layan Monday blues kejap.
3 comments:
zety
sampai juga ko ye nyah! so apa ko beli utk aku??hahahahahahaa
wahh bestnya ke langkawi..nanti upload la gambar2 yg menarik
Fid,
Aku tak sempat shopping pun nyah! Aku bagi ko gambar2 buat tatapan ajelah boleh? Ngee...
Onniey,
Aha. Dah upload pun. Ampun lambat reply komen.
Post a Comment