Tuesday, December 15

Cuti-Cuti Langkawi 1

Ini adalah entri bergambar. So... layannn....



Sebelum memulakan perjalanan, kita minum duluuuu....



Baru beberapa minit Imran dah zzzzz....



En Abah yang bersemangat membawa kereta.



Bila En Abah penat, Imran pulak ganti. Haha. Kidding.
Ni masa kat Sungai Petani. Masa En Abah dok sibuk jumpa orang, kitorang pulak tunggu dalam kereta.



One of my fav pics.



Mama, banyak tak gigi Ban?



Dalam feri. Dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Memandangkan budak-budak bawah 3 tahun tak payah beli tiket, so parents kena la pangku.
Nasib laa En Abah kena pangku budak 19kg ni. Hihi.
Tapi tak lama pun. Lepas few minutes feri berlepas, Imran 'halau' En Abah.
Dia nak duduk sorang-sorang.

"Pi Bapak, piii..."  (Tepi, bapak. Tepii...)


Sudahnya En Abah terpaksa berdiri sepanjang perjalanan. Kesian hero hensem saya ni.





Di Oriental Village. Nak naik cable car.
Tapi masa ni angin kuat sangat. So, cable car ditutup. Huhu.



Pemandangan sekitar Oriental Village.
Banyak rupanya aktiviti yang ada kat sini.
Tapi kitorang tak join pun sebab niat di hati cuma nak naik cable car sahaja.



Ada petting zoo kat sini. Imran leka layan arnab. Ada satu arnab ni 'peramah' gila.
Siap datang naik kat kita mintak makanan. Macam kucing lah pulak.
Lepas tangkap gambar ni, arnab tu naik atas Imran. Huhu. Panik mak!



Ni kat Underwater World. Kemain Imran mendongak tengok ikan.




Antara binatang yang ada kat Underwater World.



Spesis monyet yang sangat comel. Kecikkkk je. Mak tak sempat nak baca info pasal binatang ni. Sempat tangkap gambo je. Jadik la ek.




Binatang fav Imran masa kat sini - penguin. Sangat comel!


Oh lepas godek-godek kamera barulah perasan sikitnya gambar yang haku tangkap masa kat Underwater World. Tak sempat, nyah! Dok mengejar Imran aje.



Ni muka orang penat selepas main kejar-kejar dengan mama dan bapak nya.
Plus masa tu jari telunjuk dia sakit sebab dia baru lepas pegang lampu panas kat mana tah. Tu muka ketat je tu.


Gambar adalah sebelum adegan menangis/mengamuk/tantrum selama hampir 15 minit. Eh, ke setengah jam? Rasa macam lama gila Imran mengamuk masa ni. Mak sampai tak tahu nak pujuk gaya mana lagi dah. Semua yang lalu dekat cafe dalam Underwater World tu dok pandang drama kitorang anak-beranak. Hahaha.




Anak dara posing 'MySpace' pose. Style teenagers zaman sekarang amek gambo. Bulatkan mata, muncungkan mulut. Angle kena baekk punya.


Sekian untuk episod kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama entah bila. Mungkin petang ini :P.


6 comments:

me_czar said...

Hahahahahahah..

Suka gambar Imran yang nampak double chin tu dan gambar Irma yang last.

Betul kata Zety, selalu sangat nampak pose camni. Lagi satu, muncung tu kena ala-ala Angelina Jolie baru jadi. Hahaha

lia said...

gmbr anak dara ko 2.... i like....

Fid said...

meriah wei walaupun last minit!

Unknown said...

myza,
double chin tu diwarisi dari mamanya. haha. oh irma masih dalam proses nak belajar buat muncung AJ tu. hihi.


lia,
comel kan? haha puji anak sendiri. jgn maraahhh aaa...

fid,
meriah tapi penat woo sebab takde plan apa2. redah je. hehe.

starla said...

aku rase macam dah lame tak tgk imran dgn irma(mmg lame pun).dah besor dah.bulat sgt imran skrg

Unknown said...

memang dah sangat bulat dah weh. haha. nanti agaknya bila ko dah balik sini tah bulat ghope mana dah pulak nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!