Sesi bermula dengan nyanyian Irma dulu. Nyanyian mulanya adalah slow sahaja. Malam tadi dia tidur dengan En Abah atas katil while me & Imran tidur atas tilam bentang kat lantai.
Bila Irma terjaga tengah malam tengok mamanya takde, tu yang dia mula menyanyi tu. Makin lama makin kuat pulak volumenya. So mak tukar le position dengan En Abah (erk. lain macam je bunyinya :P)
Bila kita dah kat atas, yang kat tilam tu pulak menyanyi sama. Aiseh. En Abah pujuk semuanya tak jalan. Kejap nak susu, kejap nak air.
Sesi berduet tamat dengan Irma, Imran & mamanya atas katil, En Abah kesorangan di atas tilam. Hehe.
Tapi, itu sesi berduet. Lepas selesai berduet, rupa-rupanya Irma still tak puas nak menyanyi. Irma meneruskan aksi solo pulak. Dia sambung-sambung sekejap-sekejap saaammmpai la pukul 5.15pagi ie alarm berbunyi *sigh*
Oleh kerana mata masih mengantuk, maka mamanya ini decide untuk snooze kan saje alarm tu. Dan mamanya juga telah menjadi singa di pagi hari kerana si anak dara tak mahu berhenti menyanyi walau telah dipujuk, diberi towel, dibuat susu, didodoi-dodoi, disapu minyak telon, dan macam-macam di- lagi. Haih. Bad mom. Jahat. *geleng-geleng kepala*. Menyesal tak sudah rasanya.
Dan pagi ini juga drive Kancil merah bergegar-gegar itu tanpa perasaan. Blurr sepanjang jalan. Tau-tau dah sampai ofis. Sungguh ngantuk.
Huargh!
2 comments:
wah..merasa la i nanti bile anak dah dua & dua dua nakkan perhatian..:P
hehehe. jgn jadi singa macam i tau.
Post a Comment