Tuesday, January 19

Atas. Mama, atas. Tuu! Tuu!

Irma agak susah nak tidur akhir-akhir ni. Kadang-kadang pukul 12 malam, atau 1 pagi baru dia betul-betul lena. And sometimes, saya tak tahu bila Irma start lena sebab saya dah terlena dulu!


Apa yang saya perhatikan, bila nak dekat pukul 12 malam, atau dah pukul 12 lebih, and Irma pun tak tidur-tidur lagi, mesti ada je komen dia pasal bilik tidur.


Irma tunjuk arah almari, then cakap, "Antu. Antu. Hoh hoh hoh."


Ataupun, tunjuk siling, "Atas. Mama, atas. Tuu! Tuu!"


Mak aii. Cuak dibuatnya! Biasanya, saya buat donno je. "Haah. Atas. Ok, Irma tidur sekarang ok?" ataupun "Ye lah. Ye lah. Dah, tidur jom!"


Sebenarnya itu ialah ayat untuk menganggap takde apa-apa, padahal saya dah saspen semacam.  Kadang-kadang terasa tegakkk je bulu roma. Huhu. En Abah? Dia dah berdengkur dulu. Ye lah dah anak dara mak ni tidur lambat sangat!


So sekarang ni before tidur kitorang akan bacakan Irma tiga Qul dulu. Tapi kadang-kadang terlupa jugak nak buat. Hehe. Dan biasanya bila terlupa tu, adalah dialog Irma tengah malam nanti.


Hiieeii... cuak den!




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!