Thursday, January 21

Budak Geng Bas Sekolah

Setiap pagi saya kena lalu sekolah menengah sebelum dapat keluar ke highway. Dah nama pun sekolah, so macam-macam gelagat lah yang saya nampak setiap pagi.


Mana yang merokok, yang berdating tepi tempat sembahyang c1.n4, budak-budak laki berkumpul ramai-ramai ala-ala geng bas sekolah gengster jalanan lah konon, dan macam-macam hal lah lagi.


Semalam semasa saya ter-stuck tak dapat nak keluar simpang dek perangai sesetengah parents yang suka-suki parking tengah-tengah jalan, saya ternampaklah satu Myvi putih berhenti tepi jalan.


Myvi tu budak sekolah yang bawak. C1.n4. Boleh tahan hensemnya sebab tak muka c1.n4 sangat. Ala-ala mixed gitu. Masa tu terdetik kat hati saya, wah hensem jugak budak sekolah ni bawak kereta pi skolah ke? Ada lesen ke dak nih? Kompius sikit.


Tapi ada sikit pemotongan markah di situ. Kat celah jari budak hensem yang bawak Myvi tu terselit rokok yang tengah berasap. Haih breakfast rokok ye dik?


Lepas tu, yang paling buat saya terkejut, orang yang ambil alih role sebagai driver ialah seorang pakcik tua. Tak pasti la bapaknya ke, atau datuk budak tu. Oh sangat terkejut ok.


Ye lah, dahla budak tu bawak kereta, hisap rokok lagi. Lepas tu, orang tua pulak yang hantar. Macam menggalakkan pulak anak/cucu dia buat macam tu. Macam tak ambil pedulik je.


Haih. Nasib baik la cha ya nun alif. Kalau melayu haruslah bulat mata mak pandang bapaknya tu. Siap menjeling-menjeling ku bertentang lagi gamaknya.




2 comments:

FAM said...

ntah2 depa share kotak rokok tu. dh jd biasa je skrg.

Unknown said...

huhu. harap2 en abah bukan gitu lah nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!