Tuesday, January 19

Pengakuan Panas Saya :(

Malu, segan nak mengaku. Tapi, inilah hakikatnya. Maafkan saya, En Abah.


Saya dah ada teman baru. Setiap hari, dia temankan saya ke tempat kerja. Dia juga temankan saya pulang dari tempat kerja ke rumah.


Bila saya stress sebab jem, dialah penghibur hati saya. Bila saya tengok je muka dia, mesti saya tersenyum. Dia sangat comel. Suka sangat buat muka comel. Mana lah saya tak tersengih-sengih bila tengok dia.





Oh... yang ini tetap cinta hati saya sampai bila-bila. Biar apa pun terjadi.


In fact, En Abah kenal dengan dia sebenarnya. En Abah pernah jumpa dia. Kitorang pernah naik kereta bersama-sama.


Dengan dia, saya boleh sumpah seranah sesiapa saja yang buat saya sakit hati masa tengah drive. Dia takkan marah, atau komen apa-apa. Dia senyummm je. Tapi mukanya tetaplah blushing. Malu kot bila dengar saya sumpah seranah orang. Hehe.


Inilah dia, teman baru saya.



Comel tak?


Isy... takkanlah saya sanggup menduakan En Abah. Dialah raja di hati saya sampai bila-bila. Sampai syurga. Amin. I love you, En Abah!



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!