Sumber dari sini.
SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan - yang ditugaskan mengatasi masalah kadar kelahiran rendah negara itu - mengarahkan lampu pejabatnya ditutup awal sekali sebulan bagi menggalakkan kakitangannya pulang awal dan berasmara.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, lampu ditutup pada jam 7.30 malam setiap Rabu ketiga dalam usaha kementerian itu ‘membantu kakitangan menyumbang kepada peningkatan kadar kelahiran negara’.
Bagaimanapun, kakitangan yang terpaksa menyiapkan tugasan penting dikecualikan daripada peraturan itu.
Ketua projek kementerian, Choi Jin-sun, berkata pulang awal mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan kehamilan.
“Namun, anda tidak boleh mengetepikan langsung kemungkinan kaitan itu tetap ada,” katanya.
Kadar kelahiran rendah kini menjadi isu penting dalam masyarakat Korea Selatan.
Pada 2008, kadar purata kelahiran negara itu adalah 1.19 bayi bagi setiap seorang wanita dan dianggap antara paling rendah di dunia.
Jika keadaan tidak diperbaiki, pelbagai pihak bimbang populasi negara itu bakal menguncup dalam tempoh satu dekad.
Menteri Kesihatan, Jeon Jae-hee, berkata tidak lama lagi anak muda Korea Selatan akan dibebani tanggungjawab menyara orang tua masing-masing.
“Korea Selatan mungkin kalah dalam persaingan ekonomi global akibat kekurangan sumber manusia.
“Sebenarnya, ini adalah isu paling penting dan mendesak dihadapi negara,” katanya kepada akhbar Korea Times. Ketika ini, kadar kelahiran di kalangan kakitangan yang berkahwin di Kementerian Kesihatan hanya 1.63 bayi berbanding 1.82 bayi di kalangan penjawat awam lain.
Kementerian mahu meningkatkan kadar itu sebanyak dua peratus dalam tempoh dua tahun. - AFP
Komen saya: Wah, kalau saya disuruh balik awal, haruslah pi shopping ke, tengok wayang ke, balik masak sedap-sedap ke. Ekekekeke.
6 comments:
wahh.. idea ni sgt bagus.. org sana mmg kerja kuat.. sampai takde masa nak buat anak kot eh? hahah!
kalau kat sana bagus la kot. tapi kalau kat sini? hmm... memang bakal disalahgunakan oleh orang2 (macam saya ni) la. hahaha.
lawak btl bagi plg awal sbb nak suruh berasmara...ahahaha... agaknya brapa ramai akan ikut, yg lain gi enjoy...
mak baca tajuk je trus nak tergelak. kahkahkah! (daya penaakulan mantik sgt kuat okey)
apapun, mak tak rasa kadar populasi yg merosot disebabkan faktor lebih byk masa dihabiskan di pejabat. klo balik awal sekalipun tp pakai kaedah perancangan keluarga - tak jadi jugak.
mak rasa diorang lebih kepada masalah kewangan, masalah pengurusan keluarga dn masalah yg bersangkutan yg kita semua sbg mak bapak pun paham :P
org korea ni pn cm jepun la pk keje2...husband aku dlu keje kt kilang korea,ari2 blk lmbt..skrg dh benti,legala..klu tak sure menggugat family planning.hahaahaha..
#Muhammad Faris Taqwim dalam kenangan..........al-fatihah
as,
aku antara yang tak ikut la kot. haha.
mio,
mungkin jugak lah kot. macam mak ni, lamaaaa lagi lah kot nak projek no 3. tapi tetappp jugak balik kerja on time. hihi.
lin,
tak bestnya kalo kita balik awal tapi hubby balik lambat kan?
Post a Comment