Friday, March 12

Cerita Rabu Lepas

Baru dapat bernafas hari ni. Semalam memang pecah panggung rekod lah sebab tak guna internet langsung. Haha.


Dah beberapa hari balik lambat. Well takde la lambat sangat. Tapi masih berada kat ofis time kebanyakan umat dah selamat sampai rumah lah.


Hari Rabu lepas memula cadang nak balik lambat. Tapi dah dekat-dekat senja tu mulalah rasa semacam je. Yang tinggal kat ofis masa tu dalam 4 orang. Masing-masing duduk jauh antara satu sama lain.


Ofis sunyi je sebab semua tengah buat keje. Saya tengah sibuk ngadap PC, rasa macam ada bayang-bayang pulak sebelah bilik saya ni. Bilik saya ni macam akuarium. Takde blind ke langsir ke hape. Dan sebelah kiri bilik saya ni ada lorong kecik nak ke kaunter, which dah tak digunakan dah pun. Orang tak lalu situ.


So macam seram sejuk la bila ternampak bayang-bayang gitu. Nak kata reflection saya, memang sah-sah la bukan sebab 'benda' tu terkebelakang sikit dari reflection saya yang sepatutnya. Erk.. faham ke apa yang saya cuba bagitau nih?


Dah lah ada bunyi-bunyian pelik. Dengar macam ada suara laki pompuan bercakap, tapi takde siapa pun yang tengah bercakap. Apa lagi, off PC, dan mari kita pulang lah jawabnya. Huhu.



Bangunan lama, memang macam-macam lah ada. Dah banyak cerita yang saya dengar. Pernah juga terasa/ternampak beberapa kali kemunculannya, tapi macam bayang-bayang lalu. Biasanya memang saya cuba buat tak tahu, kontrol macho, tapi dalam masa yang sama cepat-cepat tutup PC dan blah. Hahahaha.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!