Friday, March 5

Irma dan Misteri Lagi...

Dah beberapa malam Irma tidur lambat. Susah betul nak tidurkan dia. Saya agak dia tidur siang lama sangat kot. Jenuh la mamanya ni ajak dia tidur. Sudahnya hampir setiap malam saya tertidur dulu dari dia. Huhu.


Malam tadi still macam tu gak. Dah lebih 12 malam tapi Irma liat bebenor nak diajak tidur. Dah tukar pampers, dah minum susu, dah nyanyi, dah cerita 'Anjing dan Bayang-Bayang' (versi saya haha), dah tepuk-tepuk. Semuanya tak jalan.


Last-last mata mama makin luyu, Irma pulak start bercerita. 

"$&(&% Bapak.... &**()^%$ patu (lepas tu) Abang Ban.... patu antu datang Ima"


Apakah dialog? Dahla asyik ulang banyak kali tang "patu antu datang Ima". Meremang bulu roma mama nak oii...


Kejut En Abah, mintak dia baca-baca sikit kat Irma (padahal boleh je bacakan sendiri ayat pendiding kat Irma tapi apsal tah nak jugak laki sendiri yang baca muahaha). Lepas je En Abah habis baca, ok pulak Irma. Takde pulak dia bercerita skrip yang sama lagi.


Tak lama lepas tu Irma pun lena macam biasa.


Saya sangat cuak ok masa tu. Dah la baru-baru ni kat opis diorang dok sibuk bercerita pasal ternampak 'macam-macam' kat dalam opis ni. Especially lepas Maghrib ke atas. Sebenarnya saya pernah jugak rasa macam ternampak-nampak 'sesuatu' dalam opis ni, tapi saya abaikan aje. 


Maklumlah bangunan lama memang macam-macam ada. Huhu. Tetiba rasa takut lak sebab kat opis tinggal beberapa kerat manusia je.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!