Thursday, March 4

Kalau Mencari Teman...

♫ ... janganlah memandang luaran, cari yang beriman ♫ - bak kata kakak saya, Ziana Zain. 


Eh, betullah. Kakak saya tuu. Dia Ziana Zain, saya Zety Zin. Kan sama. Hahahaha.




Apa kriteria yang korang cari dalam mencari teman hidup? Cari yang hensem macam Aaron Aziz?



Yang macho macam Fahrin? 



Atau yang romantik macam Awie? 



Err... romantik ke? Hmm... bukan saya kata ye, artis-artis perempuan yang pernah bekerja dengan Awie yang kata :)


Macamana pula dengan ingatan tarikh-tarikh istimewa? Adakah korang rasa pentingnya teman hidup kita mengingati tarikh-tarikh special dalam hubungan korang? Perlukah berikan hadiah pada tarikh special, atau cukup sekadar ucapan selamat aje? Atau korang tak kisah pun. Ingat ke, tak ingat ke, wish ke tak wish ke, it doesn't matter.




Lagi satu, bagaimana pula dengan ucapan cinta? Perlukah ucapan cinta? Mengikut kata Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, suami isteri perlu ucapkan rasa cinta sekurang-kurangnya tiga kali sehari. 




Penting ke ucapan 'I lap u, u lap me' ni? Atau korang dan pasangan lebih kepada 'sudah gaharu cendana pula'? 


As for me, saya rasa cinta tu perlu diucapkan. Kalau bukan setiap hari pun, occassionally pun takpe. Sebab dengan ucapan cinta ni kita tahu yang pasangan kita masih ada 'rasa' untuk kita. Tapi yelah, ucapan pun haruslah ikhlas dari hati. Bukan manis di bibir sahaja, kan.


Bukan mudah nak memupuk dan mengekalkan rasa cinta macam masa zaman bercintan-cintun dulu. Lagi-lagi bila tanggungjawab bertambah, begitu juga dengan komitmen kerja. Kalau tak dipupuk dengan baik, takut-takut nanti yang tinggal hanya rasa sayang dan rasa tanggungjawab. Sayang dan cinta adalah dua perkara berbeza ya kawan-kawan :)


Ya, ucapan kasih sayang bukanlah satu-satunya cara untuk mengekspresi rasa cinta di hati (wah, ayat jiwang tak hengat). Banyak lagi cara yang ada. Tapi, bagi saya, ungkapan-ungkapan macam ni penting dalam satu-satu hubungan. Bagi sayalah.


Korang pulak macamana?


Pic googled.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!