Monday, April 19

Bagaimana Melatih Naga Anda?

Jumaat lepas saya dan En Abah tengok cerita ini.





Ok ok memang dah agak basi lah and ada aku kesah? memang best giler!!! Well, untuk peminat kartun macam saya ni, ofkos akan kata best lah kan.


Tapi, suprisingly, En Abah yang ku paksa heret jugak masuk panggung yang sikit pun tak layan kartun ni, sangat-sangat suka tengok cerita ni. Sangat best uols!


Kisahnya pasal seorang budak Viking ni, Hiccup namanya, yang tak terer berlawan dengan dragon yang selalu menyerang kampung dia. Padahal Hiccup ni anak ketua kampung kat situ.
Dipendekkan cerita, dia berjaya secara senyap-senyap tangkap dragon spesis Night Fury - satu-satunya dragon yang tak pernah ditangkap orang kampungnya. Tapi time dia nak bunuh dragon tu dia tak sampai hati la pulak. So dia berkawan le dengan dragon tu. Siap diberi nama Toothless lagik.


Dipendekkan lagi cerita, akhirnya dek kerana persahabatan diorang ni, diorang berjaya menjernihkan keadaan huru-hara kampung Viking yang asyik diserang dragon ni.


Ceritanya memang best giler lah. But being me yang tak pandai bercerita ni, tak reti le ai nak cerita panjang-panjang kat sini. Better korang pi tengok atau sambar dvd pirate cerita ni sendiri. Recommended!!!




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!