... hari ni arwah abang saya genap berusia 30 tahun. Dia meninggal masa kecik dulu. Seminggu selepas lahir. Saya tak sure pasal apa tapi kalau tak silap ada kaitan dengan paru-paru.
Dulu-dulu, mak saya ada bawak saya ziarah kubur arwah abang. Masa tu saya dalam dua tahun gitu la....
Apa yang saya ingat, kuburnya sangat jauh ke dalam hutan. Entah hutan ke, atau kawasan perkuburan terbiar ke, lama ke, entah. Memorinya adalah blur gitu.
Yang saya ingat, masa menziarah tu, saya nampak abang saya. Saya nampak dia entah duduk ke berdiri tah, di atas kubur, melambai-lambai (kot) kat saya. Lepas tu saya bagitau mak saya pasal abang tu. Setakat tu je la memori saya.
Bila timbul isu Irma atau Imran nampak apa-apa yang pelik, mak saya pun cerita la balik pasal ni. Mak saya kata, saya beriya-iya cakap yang saya nampak abang. Huhu.
Lagipun, sebelum tu (ke selepas kejadian ni ek? entah tak ingat), saya pernah terserempak dengan penunggu bilik kat rumah arwah nenek. Kata orang, itu penunggu pokok jambu sebelah bilik tu. Pak Usu saya pun pernah kena 'gigit' dengan benda tu kat peha dia.
Sampai sekarang saya boleh recall mukanya. Sebelah elok, sebelah tak elok. Berulat bagai. Yang peliknya masa nampak penunggu tu saya tak nangis pun. Saya just keluar bilik, tidur kat ruang tamu sesorang. And I was two at that time. Muahaha. Gila berani ah. Kalau sekarang? Sure menjerit satu kampung punya.
So, nampaknya, apa yang terjadi kat saya masa kecik-kecik dulu, jadi pulak kat anak-anak saya. Nasiblah. Anggaplah itu satu kelebihan, kan.
Kepada arwah abang saya, Mohd Hezri bin Mohd Zin, al-Fatihah. Semoga abang tenang di sana... amin....
2 comments:
Horror nya!
Tapi itulah,masa umur camtu belum tahu takut lagi agaknya kan?
Cuba kalau sekarang kita nampak benda-benda camtu, mahu pengsan kat situ jugak.
Sebab tu budak ada kelebihan nampak benda halus camtu rasanya.
itulah kan. agaknya diorang dah biasa tengok benda2 tu. tu yg tak takut kot.
Post a Comment