Friday, April 16

Kepada Pengguna Jalan Raya Kajang - PJ/Shah Alam

Terowong bawah tanah depan Plaza Phoenix tu dah dibuka! Yay!!


Saya sendiri tak perasan bila dah start dibuka. Adik saya yang tanya pagi tadi, "akak lalu bawah ke semalam?"


Mula-mula blur ah. Bawah mana? Rupanya terowong depan Phoenix tu. So tak payah la bersesak-sesak berebut jalan dengan orang yang dari Alam Damai/Len Sen. Tapi lepas tu, jem sikit lah kat Connaught. Takde lah jem teruk macam biasa. Masih mampu meredah dengan hati yang senang :P


Yang penting, dapat sampai awal kat Metramac, dan tembus keluar ke NPE. Biasanya dapat masuk Metramac tu dalam pukul 7.20, keluar ke NPE dalam pukul 7.30 - 7.40 gitu. Itupun kalau saya *cough* lalu *cough* emergency lane *cough cough cough* :D


Kalau tak, cubalah bayangkan berapa lama saya tersangkut kat Metramac tu. Haih.


Hari ni, pukul 7.15 dah masuk NPE uols. Sangat happy! Jimat masa, jimat duit minyak mak. 7.50 dah selamat sampai ofis. Kalu dak, 8.15 pun dah kira awal sangat dah tu.


Happy Friday everybody! *tiba-tiba*


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!