Thursday, April 29

Macam-Macam Cerita

Banyak benda berada dalam fikiran aku sekarang nih.


Semalam Imran demam. Petangnya dah okey sikit. Pagi tadi demam balik. Risau dibuatnya. Almaklumlah gelombang kedua H1N1 kan dah mula menunjukkan tanda-tanda. Ingat nak cuti lah konon. Tapi memandangkan semalam aku dah amik half day, takkan hari ni nak cuti pulak. Nak kena lempang dengan bos?


Nasib baik En Abah sudi meng-half day kan diri hari ni.


Kata En Abah, doktor kata demam Imran biasa-biasa aje. Syukur Alhamdulillah. Doktor suruh pantau. Kalau lepas 2 hari tak baik gak demamnya, kena pergi klinik balik.


Itu satu cerita. Cerita lagi satu ni, Sabtu ni penyewa dah nak masuk rumah. Masalahnya rumah aku tu masih ada barang yang belum berjaya dieksport. Semalam dah habis kemas simpan dalam kotak. Tinggal nak angkut je. Tapi, pengangkutannya pulak yang tak sesuweiii. Tak muat kereta nak masukkan semua barang tu. 


So En Abah re-schedule sesi eksport mengeksport ini kepada esok (Jumaat). Hm... nak amik cuti ke? Agak-agaknya bos aku tu nak ke approve kan cuti aku nanti? Dilema di situ.


Cerita nombor tiga. Sabtu ni aku dan En Abah sepatutnya akan berjimba-jimba di Bukit Kiara. Malangnya  mood nak berjimba-jimba dan agak ke laut sikit lah gara-gara cerita nombor satu tu.


Haih. Mukadimah kemain kan aku ni. Bajet macam ada masalah besar je. Padahal bukan apa sangat pun. Hahaha.


Oh ye. Berita terkini. Aku baru balik dari Jak.el kat belakang opis aku ni ha. Adakah aku sorang je yang berperasaan begini, atau memang harga kain kat situ mahal? Ke aku yang tak layak masuk ke sana?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!