Sesetengah orang memang sombong tak bertempat.
Sesetengah orang pula, muka nampak sombong, tapi dalam hati ada taman, der! (Macam mak la :P)
Sesetengah orang, sombong kat certain manusia je. Bajet orang lain tak bagus ah kot. Mana yang tak setinggi pangkat dia, atau tak seglemer dia, dia tak layannn. Baik dengan orang yang dia punya kepentingan saja.
Sesetengah orang sombong sebab memilih kawan.
'Kau takde iPhone, takyah kawan dengan aku.'
'Kau gemok. Tak macam aku kurus ramping macam kerengga. Sila jauhkan diri.'
'Kau tak pandai speaking. Blog kau pun skipping Malay sokmo. Boleh blah.'
'Blog ko tak glemer. Aku tak hingin nak add ko. Ptuih.'
(Sekadar contoh)
Haha. Pernah jumpa tak dengan manusia-manusia begini? Atau kita sendiri berada dalam salah satu kategori di atas?
Saya selalu disalah ertikan sebagai sombong. Mungkin sebab muka saya ni 'muka sombong' kot. Tapi saya baik tau (hahaha tak tahan puji diri sendiri). Saya bukan sombong, saya pendiam. Hihi.
Kalau ternampak saya kat mana-mana, silalah tegur dulu. Sebab biasanya saya adalah menonong saje. Almaklumlah rabun kan :P
7 comments:
saye juge sering disalah ertikan sebagai sombong. hehehe. orang kate muke saye seius saje... belum kenal belum tau lah kan? ;)
samale, aku senyum bila perlu je.
eza,
betul3. kesian kita yang bermuka serius ni. cuba2 lah tegur ke. ini bercakap pun tidak, terus label kita sombong. huhu.
iszan,
aku kagum dengan sesetengah orang yang sentiasa tersenyum. aku tak reti lah.
aku sombong tak??
fid,
uish sikit pun tak sombong. hang antara orang yang paling mesra alam pernah aku jumpa :)
dah lame aku tak bace blog ko...maklum laaa...ko kat malaysia, tak layan kawan dgn aku...kwang kwang kwang!
oit siapa yang tak baca blog siapa, dia la yang sombong. hahaha. ye laaa aku ni kat malaysia, mana la ko nak kawan dengan aku nih. hahaha.
Post a Comment