Saturday, May 15

Apa Menu Anda


... ketika menganjurkan majlis hari jadi anak?


Untuk birthday anak-anak aku kali ni mak aku masak nasi lemak sambal sotong. Dan roti arab cicah kari. Or mungkin bamia (ejaan?) yang dimakan dengan roti. 


Apakah bamia?


Aku sendiri tak tau asal-usul makanan ni. Dan entah siapa yang kenalkan menu ni dalam family aku. Mak sedara aku kot. Bamia ni macam ala-ala sup tomato, tapi dia cair dan ada daging. Ni apa yang family aku masak lah. Tak tau lah kot resepi asalnya lain ke apa kan.


Kalau dalam family aku bamia ni makan cicah dengan roti. Atau hirup macam tu je. 


Pernah sekali tu family aku buat kenduri doa selamat. Mak aku masak bamia ni. Mihun goreng pun ada. Pastu jemput le jiran-jiran dengan orang surau.


Bamia tu dah disusun elok sebelah roti.


Sekali bila time makan, jiran-jiran aku ni makan bamia tu dengan mihun goreng. Alamak! Tau lah kan, mihun goreng ala-ala pedas, bamia tu pulak masam-masam. So gabungannya sungguh tak serasi. Agaknya mesti jiran-jiran aku kata, tak sedap nya lah menu mak aku. Hahahaha.


Tak kisah la tu kan. Mungkin orang ingat mak aku masak mihun bandung ke apa kot.


So, apa menu korang masa sambut birthday anak?





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!