Friday, May 14

Cuti-Cuti Malaysia Di Rumah


*Sila baca dengan intonasi kanak-kanak umur 7 tahun yang sedang membaca di depan cikgu.*

Hari ini saya cuti.

Ini ialah entri berjadual saya. Entri ini berjadual kerana saya tidak mempunyai internet access di rumah. Kasihan saya.

Hari ini ada aktiviti anjuran jabatan saya. Malangnya saya tidak dapat ikut serta, sebab saya cuti.

Walaubagaimanapun, saya tetap mempunyai aktiviti sendiri di rumah, iaitu mengemas rumah. Itu pun kalau saya tak bangun lambat :P Saya begitu beriya-iya mengemas rumah kerana esok rumah saya mempunyai raaaamai tetamu. 

Kemungkinan besar semasa anda membaca entri ini, saya sedang sibuk menyinsing lengan mengemas rumah. Kemungkinan juga saya sedang bergolek tidur di atas katil :P

Selepas mengemas rumah, saya akan berjalan-jalan mencari kek birthday anak-anak saya. Atau kebarangkalian yang lain ialah saya akan terus-terusan mengemas rumah sehingga malam *poyo*

Sekian sahaja entri berjadual saya. Kepada kawan-kawan, selamat bekerja di pejabat :P


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!