Rentetan dari entri semalam maka malam tadi aku dan En Abah ke Car.refour mencari solution untuk kereta kitorang tuh.
Maka terjumpa la serai wangi yang dibuat ala-ala macam ubat gegat. Lepas tu terjumpa spray khas untuk lipas yang berbau serai wangi (cap Mor.tein kalau tak silap). Ada jugak serai wangi dalam bentuk liquid yang kena campur dengan air. Tapi yang tu kitorang tak beli. Oh dan ada jugak aerosol lipas yang berbau minyak tanah. Ingat tak entri semalam - guna minyak tanah halau lipas? Tapi aku tak beli lah yang bau minyak tanah punya. Nanti habis kereta berbau berminggu-minggu.
Rupa-rupanya sekarang ni banyak betul produk untuk menghalau lipas ek? Sungguh aku jakun kejap semalam. Hehe.
Balik rumah, terus sembur kereta hijau itu. Masa tengah sembur tu pun, nampak la cikli tergedik-gedik tak cukup oksigen memanjat tingkap. Waaarrghhhh scary dowh!!!
Baiklah. Semburan aerosol untuk misi pemusnahan. Untuk operas pencegahanmaksiat pulak, kitorang campak-campakkan ubat gegat serai wangi tadi kat dalam kereta. Habis satu paket tu (dalam 15 ketul) kitorang letak. Haha.
Baiklah. Semburan aerosol untuk misi pemusnahan. Untuk operas pencegahan
Pagi tadi telefon En Abah tanya progress. Kata En Abah, tak kurang 20 ekor lipas keras kejung atas alas kaki dalam kereta tu. It took him almost 30 minutes untuk buang bangkai-bangkai lipas tu. Hissyyhhh meremang bulu kaki aku bila En Abah kata ada 20 ekor lipas dalam kereta. Tu yang nampak. Yang tak nampak??
Maknanya selama ni aku bagi tumpang free free je kat satu perkampungan lipas untuk ke sana ke mari. Kot kalau boleh kutip duit tambang, harus kaya aku sekarang ni. Hahaha. Boleh fikir macam tu? Bengong ah Zety.
Satu lagi petua/peringatan untuk memusnahkan lipas ye kawan-kawan - ni untuk pengajaran aku sendiri gak la nih - sila guna aerosol/spray khas untuk lipas. Jangan guna yang untuk nyamuk punya. Tak jalan!
Sebab aku baca mana entah (ye, siap google tanya pasal lipas :P), lipas ni daya ketahanan dia sangat tinggi. So kalau guna aerosol untuk nyamuk tu dia susah sikit nak mati. Kalau tak, takkan lah lipas ni boleh wujud sejak zaman dinosaur lagi, ye dak?. Dan bertahan pulak sampai hari ni.
Sebab aku baca mana entah (ye, siap google tanya pasal lipas :P), lipas ni daya ketahanan dia sangat tinggi. So kalau guna aerosol untuk nyamuk tu dia susah sikit nak mati. Kalau tak, takkan lah lipas ni boleh wujud sejak zaman dinosaur lagi, ye dak?. Dan bertahan pulak sampai hari ni.
So sekarang ni aku nak create satu perumpamaan baru. Sila jangan marah aku ye En Karam Singh Walia :P - kereta bersih jangan disangka tak ada lipas!
Haha.
Renung-renungkan, dan selamat beramal! :P
Renung-renungkan, dan selamat beramal! :P
5 comments:
hahaha..pagi2 buat aku gelak ngan peribahasa tu...
20 ekor?
serius ko mmg hebat ternak lipas xbgtau pon kah3..
jgn bagi karam sigh walia nampak..nanti dia ciplak hehehehe..
20 ekor?? mmg kaya kalau mintak tambang..lega dah..masalah lipas tiada lagi:)
as,
ni peribahasa baru. nanti aku nak submit kat dewan bahasa. kahkahkah.
lia,
hahahaha. tulah. diam-diam ubi berisi kan? berisi lipas. bluek.
ttm,
memang lega amat-amat. boleh menarik nafas dengan udara segar serai wangi. hehe.
nampaknya kena check juga kereta suamiku.. ntah2 ade lipas yg bersembunyi...
Post a Comment