Monday, July 19

Hujung Minggu @ PD

Hujung minggu kami dihabiskan di sebuah resort yang terletak di PD. Resort ni ada ala-ala taman tema kat dalamnya. Seperti biasa, saya ikut rombongan sekolah mak saya yang mengadakan bengkel kat sana. So, kalau nak ikut, kena bayar lah sikit. But still murah dari harga bilik resort tu.


Bila tengok dalam internet, wahhh mahal banget ya harga bilik tu. Tak sesuai dengan kedudukan poket kami laki bini lah kiranya. Tapi disebabkan dapat harga murah, maka kami pergi lah.


Bila sampai sana, hmm... pendapat saya, indah khabar dari rupa. Tak berbaloi dengan harga bilik tu. Mungkin kerana kos bilik adalah termasuk kos penyelenggaraan taman tema air tu, maka biliknya pun jadi sempoi.


Pintu bilik kitorang takleh kunci. So pakai selak je. Pastu kipas berpusing pada kadar kelajuan sellowwww gila NM. Sampaikan anak bujang dok tanya,

"Mama, nape fan tu?"

"Dia rosak."

"Siapa buat?"

"Dia rosak sendiri."

"Dia sakit pinggang ke?"

"Hoh?" 


Mungkin sebab saya selalu mengadu kat En Abah yang saya sakit pinggang, dan berjalan pada kelajuan sangat selow, maka anak bujang buat kesimpulan kipas tu selow yaamat sebab dia sakit pinggang. Hehehe,


Anak-anak main air dengan sangat lama. Dua round lagik. Memula dengan saya dan En Abah. Lepas tu dengan aunties nya pulak. Anak bujang mengigau masa nak tidur malam. Kejap-kejap dia menggelupur lepas tu cakap,

"Takot air!"


Kesian anak bujang saya. 


Kesian lagi sekali sebab almaklum budak kulit sensitif ni senang bebenor naik merah-merah. Agaknya air pool tu tak berapa nak bersih, maklum le beratus orang mandi dalam pool yang sama, naik biji-biji merah kat muka anak bujang. Syukurlah tak lama. Malam tadi nampak dah ok lepas sapu krim.


Kami laki bini banyak habiskan masa kat bilik je sementara anak-anak main air dengan aunties diorang. Hepp jangan pikir bukan-bukan ye. Dok bilik sebab penat bebenor layan budak-budak mandi. Oh mungkinkah badan sudah tua (walau hati berjiwa muda) sampaikan main dengan anak-anak kejap je dah sakit-sakit satu badan?


Pagi ni pula saya dan En Abah kena cherry berry. Sudah 6 kali kunjungan saya ke toilet. Huhu. Sakit montot makcik! Niat di hati nak puasa tapi tak larat weh. Terasa begitu dehydrate sekali. Sampai je ofis terus pi klinik. Dapat le 3 jenis ubat dan doktor suruh minum 100 plus. Baiklah doktor.


En Abah pula telah mendapat perintah berkurung dari doktor untuk mengurangkan 3 favourite utama dia - makan pedas, kopi dan rokok! Sebabnya En Abah sakit perut memulas dan pernah keluar darah masa kunjungan ke toilet 2-3 minggu lepas. Takut ada luka dalam perut, or something like that. 


Bercadang nak balik awal hari ni. Mak letih la noks. Letih ke toilet.


6 comments:

m-i-o said...

aduh. mak paham sangat perasaan kena cherry berry tu noks! tp saja mak nak kongsi, kalo bab food poisoning ni, lebih baik kena cherry berry daripada kena muntah2 tau. mak pernah kena dua-dua sebab perut mak ala2 "please handle with care" gitu. tp klo muntah2 - tobatttttt i tell you! memang lemah longlai sebab satu badan sakit2 dibuatnya hanya disebabkan muntah2 tu.


mak jugak nak share satu keadaan yg mana seminggu lepas kena cherry berry tu, satu badan mak tumbuh bintik2 merah - macam demam campak. tak gatal, tapi seram jugak la bila tengok. mak pegi klinik, doktor terus buat blood test sebab takut entah2 denggi. nasib baiklah simptom biasa yg dipanggil post viral. takde bagi ubat pun, dia hilang sendiri dalam tempoh 2-3 hari bergantung kpd pesakit.

sekian terima kasih catitan pengalaman mak :P get well soon!

TopsyTurvyMum said...

budak2 mmg ingat jer pastu kaitkan dgn benda lain hehe..

cherry berry mmg tak sanggup kena nokss!! mak baca pun leh imagine..

take care:)

ShilaShower said...

kita orang pun baru balik dari PD. duduk glory beach resort, tapi cam hampeh. nak bagi rating 3 star pun tak lepas. 2 star tu kira bagus dah lah. =P

tapi takleh komplen, dah kawan belanja, pegi je lah. hihihihi

Unknown said...

mio,
mak ni dulu2 terkenal dengan pertu sakti. kahkahkah. makan apa pun boleh. no prob punya. tapi sejak dua menjak ni kesaktian tu dah makin hilang pulak. sikit2 sakit perut. hmm.

ttm,
itulah. kadang2 tak terjangka soalan/jawapan yang keluar dari mulut diorang kan.

mrs kown,
tempat saya pi tu ada beach beach jugak le namanya. hehehe. saya rasa saya bagi 2.5 bintang le untuk bilik dia. tak sepadan harga bilik dengan keadaan bilik tu sendiri. kitorang siap jumpa bangkai lipas (besarrrr gila!) kat luar salah satu bilik. huhuhu.

Unknown said...

opsss. bukan pertu ye tapi perut. pertu tu dah macam kertu pulak bunyinya. hahahaha.

KV said...

makan gandum. Atau teh o pekat tanpa gula. Eh, petua org tua2 ni. Tp kv try sokmo, kdgmenjadi kdg tidak. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!