Monday, August 30

Caca Marba

Waduh waduh tetiba aje dengar bunyi guruh berdentam dentum. Hujan ke? Baru ingat nak teman En Abah berniaga petang ni.


Hujan, cepatlah berhenti.


Eh, esok Merdeka kan? Cuti lagi lah nampaknya. *Yay dalam hati*


Ada ke sambutan apa-apa malam ni? Jangan pulak dalam tempoh 9 bulan akan datang, berita buang bayi makin banyak kat surat khabar. Anak malam merdeka katanya. Merdeka lah sangat kan kalau macam tu. Benci ok baca berita-berita buang bayi ni. Dah sampai tak terlarat pulak nak baca. Banyak sangat!


Hm... petang ni gerai air En Abah beroperasi semula setelah seminggu dipaksa bercuti. Bercuti bukan apa, sebab tokeynya demam panas seminggu! Huhu.


Menu air petang ni ialah air kelapa, kelapa laut, teh bunga, soya panas, soya sejuk, asam boi. Mari mari mari!


Oh ye tengah hari tadi saja round2 ke Alam Sentral menengok2 baju kurung. Ada yang berkenan, tapi bajet pulak tak berkenan. Tak pun takde saiz. Huhu. Gitu le kalau orang badan saiz besar kan. Jenuh mencari baju. 


Eh tapi ai dah turun 3 kilo tau sepanjang puasa ni. Kelesss tak? Bukannya senang tau orang macam mak nih nak turun hatta walau sekilo pun dek nonss!! So, 3 kilo ni kira dasat lah kan. Haha. Ayat penyedap hati.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!