Friday, August 6

Kampung Oh Kampung

Minggu ni minggu terakhir sebelum Ramadhan kan? Rasanya ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung hujung minggu ni.


Saya dan En Abah bercadang nak balik Seremban minggu ni. Dah lama rasanya tak ke sana dan makan masakan ibu mertuaku yang umphh! :P. Last week, En Abah ada kursus. Last two weeks, bawa anak-anak ke Zoo. Sebelum tu, ikut family ke PD pulak. So, memang dah lama lah tak balik Seremban. Biasanya balik dua minggu sekali :)


Kononnya rancang nak balik esok pagi. Tapi, apa yang dirancang tak menjadi pula. Terlupa pulak yang hujung minggu ni family belah saya buat kenduri. Kesian pula kat En Abah dan anak-anak. Bukan apa, nanti bila start bulan puasa nanti, kebarangkalian untuk balik ke Seremban adalah sangat rendah sebab En Abah ada kelas tusyen setiap pagi Sabtu dan Ahad. Pastu dengan bisnes bulan puasa lagi. Takkan tak berniaga masa weekend kan? Sayangnya!


Untuk lepaskan bisnes tanpa pantauan (walaupun 2 hari je), saya rasa untuk awal-awal ni agak kurang wajar lah kot. Bisnes baru, staf baru, mestilah bagi komitmen yang lebih kan. Lainlah kalau dah stabil, boleh la tinggal-tinggalkan kejap-kejap.


Takpelah En Abah. Lepas kenduri kita pecut ke Seremban ok? Ai lap yuh! :D


Ada tak kawan-kawan yang balik kampung hujung minggu ni? :)


Have a nice weekend ya!

Geng Bas Sekolah :)


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!