Wednesday, August 4

Memudahkanlah, Jangan Menyusahkan...

Teknologi dicipta untuk tujuan yang baik. Setuju? No? 


Masalahnya, ramai antara kita yang menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang bukan-bukan. Ok lah. Saya bercakap mengenai dunia maya  ni. Internet sepatutnya memudahkan, bukannya menyusahkan atau memporak-perandakan.


Apa yang saya maksudkan dengan memporak-perandakan? Hmm... contohnya, bergaduh dalam forum, bertelagah sesama blogger, memburuk-burukkan orang lain dalam Twitter, dan yang hangat baru-baru ni, menjatuhkan maruah orang lain melalui FB.


Kalau kita ada masalah dengan seseorang, please, janganlah diluahkan dalam FB. Ok, mungkin ramai yang meluahkan perasaan tak puas hati tanpa mention nama-nama tertentu. Itu terpulanglah. 


Maksud saya, ini kes yang terang-terangan 'menyerang' orang lain di FB. 


Ok. Mari kita namakan mangsa sebagai A. Bayangkan, status dan mesej peribadi FB A diprint screen, kemudian diletakkan dalam FB. Dah tu dihambur pula A dengan macam-macam. Tak cukup dengan tu, gambar print screen tu ditag pula nama kawan-kawan A. Kononnya nak menunjukkan yang A tu orangnya tak baik, jahat, penipu dan macam-macam lagi. 


Kenapa buat macam tu??


Bayangkan kalau kita berada di tempat A. Mesti kita rasa malu kan? Lagi-lagi dengan kawan-kawan kita yang tak tahu hujung pangkal cerita.


Dan yang lebih membuatkan situasinya lebih sukar lagi, orang yang membuat onar itu ialah saudara A sendiri. Apakah??? 


Bagi saya, kalau ada masalah dengan seseorang, tak perlulah nak beritahu pada satu dunia. Selesaikan dengan cara baik. Mungkin sukar untuk bersemuka, tapi telefon kan ada. Surat, email, SMS, ah, banyak lagi medium lain selain daripada FB untuk berkomunikasi. Yang pentingnya, jangan dihebah-hebahkan pada kawan-kawan A untuk tujuan memalukan dia. Itu dah menjatuhkan maruah. Saudara sendiri pulak tu. 


Bukan semua orang suka bila kena tag kalau takde kaitan dengan diri dia. Sedangkan kena tag barang-barang jualan pun boleh timbulkan rasa tak selesa, lagikan pulak bila kena tag pasal masalah orang lain. Haih. 


Jangan disangka apa yang kita buat tu mendapat sokongan semua. Ramai juga yang mencemuh dari belakang. Jangan tak tau. Jangan buat-buat tak tau.


Pandai-pandailah nak hidup. Tapi jangan memandai-mandai!


Sentiasa cuba untuk memudahkan orang lain, bukan menyukarkan lagi benda yang dah sedia berserabut. Pesanan untuk diri sendiri juga nih.


Renung-renungkan, dan selamat beramal! :P



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!