Rumah yang lama ditinggalkan menjadi tempat persinggahan makhluk lain yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Betul tak?
En Abah sekarang tinggal di kuarters yang disediakan kat Jelebu sana. Ikut maklumat yang diberi, memang dah lama unit kuarters En Abah tu tak berpenghuni.
Baru seminggu lebih En Abah dan rakan sekerjanya tinggal sana. Tapi kerap jugak diusik. Kawan En Abah, sepanjang tinggal di sana, tiap-tiap malam akan terjaga pukul 3 pagi without fail. Dan kawannya terdengar macam-macam bunyi. Bunyi kat bilik air la, bunyi starter lampu rosak la (padahal lampu tutup). Macam-macam lagi.
En Abah pulak, malam tadi terjaga pukul 3 pagi. Lepas tu, dia terdengar suara perempuan berbisik di telinga panggil nama En Abah. Huuuu.
Malam tadi pulak, Irma bersungguh-sungguh taknak tidur dengan saya. Nak tidur dengan nenek. Bila saya tanya kenapa, dia kata ada hantu kat sebelah dia. Hish. Ngeri okeh. Bila saya convince kan dia, bagitau takde hantu, dia diam. Lepas tu dia baring mengiring membelakangkan saya, dia asyik bisik, "hantu... hantu..."
Ayoyo!
Lepas bacakan ayat Kursi, Alhamdulillah Irma pun lena.
Pasal En Abah pulak, kisahnya belakang kuarters En Abah tu ada rumah mayat. Tingkat 2 memang 'berpenghuni'. Dah berapa ramai orang keluar masuk rumah kat tingkat 2 tu. En Abah pulak tinggal kat tingkat 3. Agaknya benda tu saja la mengusik gamaknya.
Saya pernah diberitahu seseorang, sebenarnya di dunia ghaib sana, di mana wujudnya syaitan, iblis, jin dan hantu ni, hantu atau momok yang selalu mengusik manusia ni bolehlah diibaratkan seperti anjing di dunia nyata. Diorang ni memang ada yang dibela. Yang terbiar pulak berkeliaran. Yelah, macam anjing lah kan. Boleh disuruh-suruh serta setia kepada tuannya. Kemudian suka pulak berkeliaran mengganggu orang. Ha, gitulah lebih kurang.
Betul ke tidak, Wallahualam.
Nota ZZ: Kata En Abah, sekarang ni macam pesta hantu pulak. Sana sini kena usik. Kata saya, memanglah diorang tengah berpesta, baru sebulan terlepas penjara (Ramadhan). Kita ni pulak sibuk nak sambut kepulangan diorang. Asyik cerita pasal diorang je kat TV. Tetiap malam cerita hantu. Dan mungkin jugak diorang ni tengah warm up nak berpesta Halloween gamaknya. Hehe.
5 comments:
Good day!This was a really terrific post!
I come from milan, I was luck to approach your theme in wordpress
Also I get much in your blog really thanks very much i will come again
Salam Zety,
Pemberitahuan, saya dah bertukar bloglink yang baru... http://sw33tdarling.com.. anda dijemput, silalah berkunjung
noted. thanks :)
salam ziarah..
budak2 mcm irma tu mmg bole nampak kehadiran benda2 ghaib ni. anak sy pun pernah nampak masa umur dia setahun lebih dulu. esok tu sy tanya mcmana rupa hantu tu. dia ckp hantu pakai baju putih. dan dia buat gaya hantu tu tgh duduk sambil silang tgn. mulanya ingtkan dia memandai2 je. tp bila tanya byk2 kali dan tanya pd hari yg lain, itu la juga jwpn dia. so maknanya dia nmpk. tp mujur dia tak takut.
sue,
thanks sudi jenguk sini :).
budak2 biasanya tak takut pun. mak budak ni ha yang takut. hehehehe.
Post a Comment