Ah. Lama rasanya tak berblog. Mood tak mari maa...
Semalam saya EL dek kerana anak dara kesayangan tak sihat. Demam, batuk dan muntah-muntah. Sebenarnya Ahad malam tu saya dah bawa ke klinik panel. Doktor kata dia muntah disebabkan perutnya masuk angin & kembung. Tekak tak apa-apa.
Tapi Irma refused nak makan ubat klinik panel tu. Bila saya rasa, bluek! Memang tak sedap pun! Huhu. So demamnya tak kebah, pastu asyik terjeluak je. Terbaring aje diam-diam.
Pagi Isnin saya tengok dia masih gitu. Lembik aje badan. Decide nak bawa ke klinik pakar kat Sungai Chua, Kajang. Hari Ahad dia tak bukak waktu malam. Tu yang takde choice terpaksa juga bawa ke klinik panel.
Paed kata tekak Irma dah merah sangat. Badan dia pun makin panas. Kalau Ahad malam badan dia 37 darjah Celcius, pagi semalam dah dekat 39 darjah dah. Huhu. Dia muntah bukan sebab perut dia kembung, tapi sebab tekaknya sakit. So bila dah muntah, perut pun kosong & masuk angin.
Terbalik pulak antara doktor klinik panel dengan paed punya pendapat ye. Hm. Anyway, balik tu lepas bagi Irma makan ubat, terus dia start 'berkicau' balik. Membebel tak henti-henti. Ekekeke.
Malam tadi Irma tak boleh nak tidur. Tekak dia belum betul-betul baik lagi. Hampir setiap setengah jam dia terjaga. Lepas bagi minum air masak baru la dia ok. Aktiviti hisap jari dengan gentel 'alun basyah' dia pun tersangkut-sangkut dek sakit tekak tu. Huhu. Tu yang buat dia lagi susah nak tidur tu.
Pagi ni kepala saya pulak yang pusing sebab tidur sekejap-sekejap. Hehe. Hopefully hari ni Irma makin ok lah. Kesian tengokkan dia.
Cepat sembuh ye sayang!
3 comments:
moga irma cepat sembuh..
tadik ada baca kat FB jugak.. cecepat sembuh ye sayang. ish risaunya la bila anak sakit.. huhuh
Score A Untuk Budak-budak yang......
nadiah & shaza,
thanks :)
Post a Comment