Pagi ni ai bangun lambat! 6.45 pagi nyah!!! Kelam kabut le mengemas semua. 7.40 pagi baru turun breakfast. Oh pagi ni breakfast telur separuh masak. Ok la sikit dari telur rebus kan? Hihi.
Lepas breakfast lepak-lepak kejap kat luar kawasan hotel tu. Kat depan hotel ni ada la orang bukak gerai kecik. Ai perhatikan orang Vietnam ni sangat suka minum air berais. Even pepagi buta masa breakfast pun diorang tetap dengan ais diorang. Lagi satu kopi ais diorang ni nampak sungguh menarik walau tak seglemer Starbucks. Aminah kata ada juga kopi halal dengan kopi tak halal. Apa yang tak halal kami tak tahu.
Pukul 9 pagi kitorang bertolak ke Delta Mekong. Mekong river cruise katanya. Kami siap bawa segala mala luggage sebab balik dari Mekong terus ke hotel lain. Oh sebelum bertolak En Abah sempat beli replika kapal kat penjaja-penjaja yang mengejar kitorang ni. Mentang-mentang le last day kitorang kat hotel tu, diorang ni siap offer kaw-kaw punya murah.
Ada satu benda yang saya terkilan sebab tak dapat beli kat penjaja-penjaja tu. Handbag yang ada sulam-sulam tu sungguh comel. 3 buah dalam 100,000 Dong je (RM17). So sebijik dalam RM6 la kan. Haih. Rugi rugi.
Perjalanan ke Mekong agak jauh. 2 jam setengah. Dah la sebelum dapat keluar ke highway kena hadap jem. Muak rasanya. Jem dia macam kat simpang dari Federal Highway nak masuk ke Glenmarie time polis trafik takde. Sampai stuck tak tau kereta mana boleh lalu, lori mana yang lepas laluan. Huh.
Sampai ke Sungai Mekong pukul 11.30 pagi. Naik bot dan kami dibawa minum teh madu campur limau yang yummeh. Lepas tu dibawa pulak ke gerai-gerai souvenir dan makanan ringan diorang. Then dibawa pula ke rumah tradisional orang kaya kat sana. Mula-mula Aminah sebut 'rumah asli' so kitorang ingat nak gi tengok rumah orang asli. Rupanya 'rumah asal'. Ohhh ok. Rumah orang kaya ni memang cantik. Besar la of kos kalau compare dengan rumah orang lain.
Dekat pelabuhan |
Budak-budak Vietnam main air. Lepas je amik gambar ni diorang terjum masuk sungai untuk mandi. |
Ginilah lebih kurang bot yang kitorang naik. |
Teh madu limau yang umphh! |
Depan rumah 'asli' :) |
Dalam rumah |
Irma dan senyum 'rela paksa' nya |
Dah sudah tu kami dibawa pula ke satu rumah ni untuk lunch. Tapi sebelum nak ke sana kena tukar pengangkutan dulu. Kalau tadi naik bot besar, sekarang naik sampan kecik pulak. Tak silap ai nama dia Ghei kot (bukan gay ok :P). Sampan ni didayung oleh makcik-makcik Vietnam yang murah dengan senyuman :) Satu sampan boleh muat 4 orang sahaja. Cuak jugak le masa naik sampan tu. Takut tenggelam hahahaha. Kitorang siap diberi pinjam topi diorang lagik. Maklumlah tengah hari buta. Memang panas.
Sampai ke darat jenuh la berjalan nak tuju ke rumah yang si Aminah ni maksudkan. Jalan celah-celah rumah orang. Udah le lapar maka tenaga adalah kureng. Eceh konon.
Rumah ni ala-ala homestay la kot sebab dia memang sediakan tempat makan yang boleh muat dalam 20-30 orang. Lauk hari tu ialah nasi putih, udang masak merah tak pedas, telur dadar (lagi), sup bendi + fishball yang sedap. Disediakan jugak hirisan cili dan kicap. Jangan tertipu dengan warna cili yang merah pucat tu ye. Sangat pedas! Kalah cili api ok! Makan sehiris cukup la. Pedassss!!!!
Selain tu diorang bagi buah potong jugak. Ada tembikai, betik, jambu air dan jugak mata kucing. Kat sini buah mata kucing sangat mewah beb. Kiri kanan depan belakang rumah penuh dengan pokok mata kucing. Dah tu buahnya lebattttt merimbun banyak giler. Geram tengok!
Memandangkan tak sempat nak balik hotel untuk solat, kitorang tumpang solat kat wakaf diorang. Syok pulak rasanya. Lepas tu tengok mamat yang duduk rumah tu baru lepas tangkap ikan. Ikan gemuk-gemuk. Sekali terpandang pulak sesuatu kat tangan mamat tu. KATAK!!! Haiyakkk!!! Terus ai cabut u all. Geli!!!
Perjalanan balik naik bot tapi kali ni ai dengan En Abah lepak kat belakang sekali. Syok pulak rasa. Feeling-feeling honeymoon pulak. Ekekeke. Dah la lepas tu diberi air kelapa sorang sebijik, lagi laaa feeling-feeling macam kat Hawaii. Kahkahkah.
Naik bas ke HCMC. Perjalanan 2 jam setengah. Sampai ke hotel lain. Hotel Van Anh. Van Anh setelah di-google translate bermaksud 'Sila'. Hotel ni bolehlah dikategorikan hotel takde bintang. Kalau cari kat internet tak jumpa kot. Ekekeke. Tapi yang penting, hotel ni bersih dan servis pun ok. Barang basic disediakan macam tuala, toiletteries, aircond, kipas. Yang penting - cable TV! Ekekeke. Channel kat sini sangat banyak ok. Puas mencari HBO dan lain-lain channel tu.
Air tin yang dijual kat depan receptionist hotel ni agak murah. 10,000 Dong aje. Kata Aminah, air tin/botol semuanya halal. So kami terima aje lah kata-kata dia. Eh air arak tak termasuk lah ek. Ekekeke.
Ikutkan sepatutnya makanan sampai pukul 8.30 malam dan dihantar ke bilik. Tapi nak dekat pukul 9 pun tak sampai-sampai lagi. Ai dah kebulur dah. Huhu. Akhirnya pukul 9 lebih makanan pun sampai. Lauk malam ni nasi putih, kuah macam dalca pun ye, macam kari pun ye - ada telur rebus dan bendi dan terung dalam dalca tu, ikan goreng. Lapar punya pasal, En Abah makan bertambah. Hihi.
Lepas makan Aminah bawa kami ke pasar malam area situ. Naik teksi Vinasun. Tapi takde apa yang menarik kat mata ai. Sana bukan area tourist so kebanyakan benda yang dijual ialah baju-baju untuk pakai seharian. Oh adik-adik ai beli helmet. Ekekeke. Kat Vietnam ni helmetnya cantik-cantik. Dan helmet diorang tak sama macam kat Malaysia. Memang takde ciri-ciri keselamatan langsung. Macam rupa helmet basikal je. Hihi.
Harga helmet kat sini murah kalau dibandingkan dekat area Ben Thanh. Harganya cuma 35,000 ke 40,000 dong aje. Kalau kat Ben Thanh cecah 100,000 Dong la jugak.
Oh kat seberang jalan tu pulak nampak orang jual anak patung besar-besar. Belikan untuk Imran dan Irma. Irma nak anak patung itik. Si Imran mintak anak patung apa tau? BUAYA. Ye. Anak patung buaya dan sangat besar. Total harga kedua-dua anak patung 300,000 Dong. Dalam RM50. Murah la kan?
Lepas tu balik hotel naik teksi jugak. Irma takmo tidur dengan ai sebab dia kata bilik ai busuk. Memang busuk pun. Sebabnya sebelah bilik ai ada negro Nigeria duduk. Diorang ni siap merokok dalam bilik la, bawak perempuan la. Benci tau.
Bersambung...
5 comments:
enjoynya tengok gambar... lenkali harap boleh pergi ke sana plak.. :)
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG
insyaallah :)
haku dah tag kau masuk GA ni, kot-kot la menang bleh share dua..kihkihkih
http://madamblingbling.blogspot.com/2010/12/mama-kembar-3-buat-giveaway-yay.html
salam..
first time singgah sini terus terpikat.. kenal u dr blog opie kuantan
salam perkenalan...
suka taw baca blog u.. btw t dh privatekan blog.. kalau sudi nak mintak ur emel add nak invite u nanti..
ruziawatibukhari@yahoo.com
tq n take care...
mbb,
hehe insyaallah.
ruziawati,
tq :)
email saya zetyzin at gmail dot com
Post a Comment