Last day di Vietnam.
Ikut plan, aktiviti hari ini ialah SHOPPING! Yay! Haha.
Awal-awal pagi breakfast kitorang dihantar ke bilik. Pagi ni breakfast sandwich ayam. Roti sangat keras uols. Tercekik mak makan. Udah la ai tergigit cili merah pucat dia tu. Pedassssss!!!!
Pandangan luar |
Pandangan dalam - sila perhatikan 'jerangkap samar' berwarna merah itu. Huhu. |
Pukul 8 lebih segala beg dan hasil rembatan dibawa masuk ke dalam bas. Then gerak ke Ben Thanh Market. Memandangkan hotel kitorang ni agak jauh maka perjalanan ada la dalam setengah jam jugak.
Sampai ke Ben Thanh, kitorang diberi masa 4 jam untuk shopping. Ai masa dengar tu, terus kata dalam hati, 'Alahai 4 jam je ke noks? Kejap nyeee....' Kann? Ahahaha. Mana la sempat nak interview setiap kedai nak tanya harga lalu membuat perbandingan sebelum membuat sebarang tangkapan. Mana nak adjust lagi mata yang dah kerambangan dek bermacam kain yang cantik-cantik belaka. Mana nak tawar menawar lagik dengan amoi-amoi Vietnam yang suka main tarik tali. Fuh. Memang tak cukup masa!
Tapi, takpelah. Dengan adanya limitasi masa maka ianya bolehlah menghalang ai dari membeli mengikut napsu. 4 jam pun 4 jam lah.
Hahaha. Gila ah ZZ 4 jam pun tak cukup ke?
So selama 4 jam tu sempat la merembat sepasang English cotton, satin cotton sepasang, chiffon sepasang. Sempat jugak beli buah tangan untuk bos sebagai sogokan untuk mendapat markah prestasi yang lebih tinggi aminnn :P. Yang buat lama bukannya apa. En Abah dok ralit membelek beg Dueter (ejaan?) yang murah belaka. Kitorang pi Vietnam ni bawak beg sandang belakang je. Malas nak bawak beg kotak. Hehe. So nak dijadikan cerita beg sandang cap Langkawi ai tu koyak pulak dalam perjuangan menuju ke kargo. Cisness betul. Kena la beli yang baru. Alah murah je weh. 20 hengget je! Tapi terbeli saiz kecik la pulak. Balik Mesia terus menyesal tak sudah sebab tak rembat lagi sebuah yang saiz besar sikit.
Err... ampun hasil rembatan kat Ben Thanh tak sempat nak ditangkap gambarnya sebab kamera awal-awal lagik dah dihantar ke Seremban. Mak cuma dapat softcopy nya aje. Kamera dah selamat dipulangkan. Tengoklah nanti bila kain tu dah bertukar menjadi baju (yang entah bila la haku nak hantar ke tailor) kalau time tu ada kamera yang available boleh le mak pinjam untuk tangkap gambar kain tersebut. Hihi.
Lepas dah perabihkan duit kitorang dibawak pulak ke tengah bandar HCMC untuk bergambar depan bangunan-bangunan dia. Ai tak ingat le bangunan mana yang kitorang pergi (haha tak senonoh) tapi antara nya rasanya ialah bangunan post office dia.
Berlindung di sebalik En Abah untuk pengurangan saiz badan yang ketara. Muahaha. |
Dalam ni ada gak jual souvenir tapi tak sempat le ai nak merayap. |
Sambil menunggu orang lain merayau-rayau sambil berposing kitorang duduk ajelah depan bangunan tu. Sempat pulak En Abah tangkap gambar bakal pengantin nih.
Sorry aaa amoi wa punya laki tangkap gambar lu. Jangan saman aaa. Kitorang bukan orang kaya maaa :P |
Tempat pejalan kaki yang luas memang jadi idaman budak-budak ni la. Boleh lari sepuas hati :)
Anak dara mak :) |
Gigih anak jantan mak berlari sambil membawa keropok. Tengok mulut penuh dengan keropok. Heh. |
Sebelah kiri versi besar manakala sebelah kanan versi kecik :P Yang bertopi tu lah tourist guide kami - Aminah. |
Lepas puas bergambar kitorang gerak naik bas menuju ke tempat makan :) Kali ni makan di area rumah Aminah. Ni kiranya kawasan kediaman orang Melayu Champa la.
Sebelum sampai kita posing dulu. Sila abaikan minyak sekilo kat muka ai tuh. |
Dah sampai... |
Kalau korang ke Vietnam silalah ke sini untuk makan mi dia. Mi sup atau pho ni ai rasa makanan asasi diorang. Memang sedap weh! Tapi sila jangan tanya kat mana kedai ni sumpah ai tak ingat. Haha. Ai follow je. Ampun!
Gambar utama ialah mi. Gambar tak berapa utama ialah anak teruna yang tengah menghayati kelazatan mi itu. |
Hidangan untuk budak-budak diorang bagi kueh teow yang biasa kita makan tu. Untuk dewasa lak diorang bagi kueh teow yang halus macam dalam gambar atas ni ha. Apa motifnya membezakan jenis kueh teow untuk dewasa dan kanak-kanak ai tak tau. Yang penting sedap dan halal!!
Lepas kueh teow dah habis, dibagi roti pulak. Makan cicah dengan baki sup tu. Memang heaven!
Roti yang menjadi mangsa seterusnya |
Budak dalam gambar ni rasanya anak tokey kedai makan ni. Bulat betul muka dia. Ikut rupa mak dia sebijik kan? :) Kitorang panggil dia 'geng Imran' sebab sama-sama bulat. Ekekeke.
Geng Imran |
Lepas selesai lunch, kitorang pun berangkat ke airport. Beratur agak lama juga sebab memasing punya beg dah beranak pinak kan? Hehe. Beringat-ingat masa shopping tu kalau takmo kena tax. Ada yang sampai berlebih 27 kilo pun ada tau. Kitorang pulak ada lebih 20 kilo. Hehe. So orang lain menumpang-numpang le kitorang ni. Hihi.
Ni lah gambar terakhir di bumi Vietnam. Tengah tunggu kat airport diorang ni. Sila perhatikan anak patung buaya Imran tu. Besar kan? :)
Buat peace tak jadi :) |
Sebelum ai menghabiskan cerita Vietnam yang ai rasa membosankan korang ni :) , meh ai letak sekali gambar anak patung itik Irma.
Gambo tak cun. |
Gambo tak cun sebab tak reti guna kamera. Haha. Kamera pinjam le katakan. Main belasah je guna.
No comments:
Post a Comment