Monday, December 13

Salah Sendiri

Baru Sudah hantar borang prestasi dan SKT. Lega sebab dah hantar. Tapi berdebar-debar nak tunggu dinilai. Huhu.


Hari ni hari yang... erm... bisa membuatkan jantung saya dipam berkali ganda lebih laju. Semuanya kerana silap sendiri. Huhu. Dah last day baru hegeh-hegeh nak pi bank. Itu satu hal.


Nak dijadikan cerita, kononnya nak sekejap je kat bank, maka saya gunakan CDM aje lah untuk masukkan duit kereta. Sekali tu, CDM rosak. Tak dapat nak detect duit yang saya masukkan tu. Tapi duitnya dah selamat dalam mesin tu dah. Haiyo.


Mula-mula disuruh ke tingkat 1. Tunggu giliran. Lepas tu diberitahu pulak kena ke tingkat 6. Sampai kat tingkat 6, kena turun semula ke tingat 1 untuk buat report. Hadui. Nak tunggu turn tu yang bercinta sangat tuh. Dah la saya ni mengejar masa sebab giliran saya kena buka tender hari ni. 


Lepas dah buat report, berkejar semula ke tingkat 6 untuk dimasukkan maklumat report tu ke dalam sistem. Adeh. Rushing ke ofis pulak untuk buka tender. Lambat 15 minit. Kesian orang lain menunggu. Nasib baik la memahami. Thanks kepada orang itu :)


Habis buka tender dalam pukul 2 petang, barulah saya perasan yang saya tak makan apa-apa pun lagi! patutlah kepala rasa semacam aje. Sampai sekarang masih rasa migrainnya. 


Malam ni nampaknya kena rest awal untuk hilangkan migrain :(

1 comment:

baincardin said...

Demam HDR dah kembali! jom layan....^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!