Amaran: Ini adalah entri bergambar yang banyak
Subuh kat sini pukul 4.40 pagi kalau tak silap. Ai bangun pukul 5 lebih. Huhu. Liat sungguh nak bangun awal.
Breakfast pukul 7 pagi. Memandangkan breakfast disediakan pihak hotel maka kami hanya memakan telur rebus untuk alas perut. Huhuhu. Kesian kan??? Tapi jangan risau. Kerana sebelum turun breakfast kami dah bedal megis sorang sebungkus. Muahahaha. Patut amik telur rebus bawak naik bilik makan dengan megis lagi bagus.
Destinasi hari ini ialah ke Cu Chi (pronounce as Ku-Chi) Tunnel. Cu Chi Tunnel ni merupakan terowong bawah tanah di Saigon semasa perang dulu, dan sebahagian daripada rangkaian terowong bawah tanah seluruh Vietnam dulu. Kat sini lah tentera Vietnam survive dan serang tentera US. Tunnel ni sepanjang 200km dan dalamnyalah tempat perlindungan, hospital, tempat simpanan makanan, bilik mesyuarat tentera dan lain-lain.
Perjalanan ke Cu Chi Tunnel ambil masa dalam 2 jam. Tempatnya agak tersorok kat kawasan kampung. Syok jugak dapat tengok area kampung diorang.
Kitorang dibawa berjalan sekitar kawasan kecil tunnel ni sambil diberi penerangan oleh pegawainya. Banyak info yang kitorang dapat. Mula-mula sekali dibawa tengok video presentation pasal Cu Chi tunnel ni. Tapi ai tak dapat nak dengar dengan clear sebab sibuk melayan Irma yang serba tak kena itu ini. Penat kot.
Lepas tengok video tu barulah dibawa tengok jerangkap samar, lubang-lubang tunnel yang kecik kiut miut tu, tengok tapak bekas bom jatuh, dan akhirnya dibawa ke terowong yang boleh dilalui oleh pelawat. FYI, terowong-terowong ni asalnya kecik-kecik belaka tapi dah diubahsuai untuk pelawat. Ai tak masuk sebab ai tau ai tak muat. Ekekeke.
Tunnel ni banyak guna kaedah penyamaran dan susah tentera US nak detect. Dia punya saluran udara dibuat supaya nampak macam busut semut. Tentera US gunakan khidmat anjing pengesan untuk cari saluran udara ni tapi orang Vietnam lagi bijak. Diorang curi baju tentera US dan 'lekatkan' bau tentera US kat 'busut-busut' ni. So anjing tu tak dapatlah kesan busut tu kan.
Inilah saluran udara tu. Macam busut betul kan? |
Dekat area tunnel ni juga dibuat jerangkap samar. Bukan setakat bom aje, tapi dibuat perangkap so bila tentera US lalu diorang akan terjatuh dalam perangkap tu. Perangkap bukan sebarang perangkap ye. Setiap perangkap disertakan 'pakej' paku-paku tajam. Kalau terjatuh samada akan mati atau cedera parah dek tusukan paku-paku tu.
Family potrait depan kereta kebal US :) |
My hero ;) |
Kasut pun diorang buat sendiri masa zaman perang ni. Tengoklah saiz yang paling besar tuu... |
Cak! En Abah keluar dari terowong |
Saliran paip air dalam buluh |
Macam-macam jenis jerangkap samar diorang nih. |
Oh sebelum masuk tunnel tu singgah sekejap kat kedai souvenir dia. Kat sini la ai rembat jewellery box dan tea set. Aminah kata kat sini memang murah dan takkan dapat harga yang sama kat tempat lain.Kitorang juga dibawa untuk lihat demo membuat kulit ala-ala kulit popiah basah. Kulit popiah ni diletakkan macam-macam jenis buah dan dijadikan snek/kudapan. Nanti ai cerita pasal ni kemudian :)
Ada rupa awek Vietnam tak? :P |
Tempat persinggahan sebelum keluar dari Cu Chi Tunnel ialah satu pondok khas untuk pelawat. Kat sini kitorang dihidangkan ubi kayu rebus dan teh panas. Sama macam Tanah Melayu ketika perang dulu, ubi rebus jadi makanan asasi diorang semasa perang. Menariknya ubi kayu rebus ni dicicah dengan kacang yang ditumbuk halus dengan garam. Sedap!
Lepas keluar dari sana kitorang dihidang lunch la pulak. Lunch hari tu ialah mihun goreng. Satu hal yang menarik tentang tempat makan diorang ni, kebanyakan gerai makan diorang disediakan tempat untuk bersantai macam gambar kat bawah ni. Apa nama benda tu saya tak tau pulak.
Pukul 1.30 petang kitorang bertolak balik ke HCMC. Pukul 3 petang sampai ke Muzium Perang diorang. Kat sini jenuh la melayan anak-anak yang nak tengok kapal-kapal perang dan jugak kereta kebal. Imran lah paling excited. Dah namanya budak lelaki kan.
Semua kapal perang yang dipamerkan ialah kapal tentera US. Maybe ini jadi kebanggaan rakyat Vietnam sebab dapat tumpaskan tentera US yang kononnya kuat tuh.
Gambar banyak tapi tak koser nak letak semua nanti jemu pulak.
Dalam muzium pulak dia tunjuk gambar-gambar masa zaman perang dulu. Dan yang paling buat ai sedih ialah gambar-gambar penduduk Vietnam yang menjadi mangsa Agent Orange. Agent Orange ialah sejenis bahan kimia yang disembur oleh tentera US ke atas bumi Vietnam. Ramai yang menjadi cacat. Kanak-kanak turut jadi mangsa. Boleh tengok kat Wikipedia untuk gambar-gambar nya sikit.
Kat muzium tu siap dia letak sekali bayi Agent Orange yang dah diawet. Sedih tengok. Huhu. Lepas tu ada jugak gambar-gambar mayat yang dibom dan diserang tentera US. Ada yang sekeluarga mati terbunuh, padahal semuanya kanak-kanak dan wanita. Kesian :(
Ok lepas keluar muzium maka kami nak berangkat balik. Masa berjalan ke bas tu seperti biasa kitorang ditahan oleh penjaja-penjaja yang jual barang-barang souvenir. Ai tak mo layan so ai jalan je terus ke bas. En Abah pulak tertarik dengan collection duit-duit lama yang sorang mamat ni jual. Ai tak perasan pasal En Abah sebab ai jalan laju je. Kalau ai perasan sure ai tarik tangan En Abah cepat-cepat. Huhu.
Nak dijadikan kisah, En Abah ter-tanya mamat tu berapa harga duit lama tu. Mamat tu kata la RM20. Lepas tu kakak si Aminah ni kata RM20 mahal. So En Abah takmo la beli. Mamat tu kejar En Abah sampai ke dalam bas. Nak paksa En Abah beli. Kitorang semua cakap la kat mamat tu yang En Abah takmo beli. Tapi dia paksa jugak. Last-last dia keluar. Tapi ada sorang mamat lain warning kat si Aminah tu. Dia kata kalau Aminah datang siaplah diorang kena. Dia tuduh Aminah ni tak bagi kitorang beli barang kat diorang. Apa ntah.
Kiranya si Aminah ni kena ugut la dengan samseng yang jaga area tu. Cuak jugak dibuatnya. En Abah dah serba salah. Ai kata biarlah Aminah uruskan. Tau la dia nanti. Huhu.
Sampai ke hotel pukul 4.30 petang. Pukul 7 turun makan. Lauk dinner ialah ikan goreng, telur dadar tebal, kacang panjang goreng dan belacan cair. Aih. Kering lagi lauknya. Tercekik mak, Aminah oii...
Lepas makan haruslah round pasar malam lagi. Malam ni nak beli souvenir untuk kawan-kawan. Dan tak lupa jugak t-shirt En Abah. Hehehe. Lepas round makan kat VN Halal. Ai order air tembikai. En Abah pulak Milo ais dengan nasi putih dan sup kambing. Sedap weh. Tapi mahal. Adik ai order mee goreng mamak. Super sedap! Air tembikai 30,000 Dong (RM 5), Milo ais 25,000 Dong (Rm 4 lebih), Sup kambing 60,000 Dong (RM 10). Mungkin tak berapa mahal, tapi mahal la jugak kan. Ekekeke.
Lepas makan kitorang minta adik-adik ai jaga anak-anak coz ai dengan En Abah nak round lagi sekali. Shopping sikit-sikit. Balik bilik pukul 11 malam. Terus packing untuk check out esok. Esok kitorang pindah hotel yang dekat-dekat dengan airport untuk elakkan jem.
Hasil rembatan sepanjang 2 hari - tie set, tea set, Vietnam silk dan t-shirt |
Bersambung lagik... :)
2 comments:
byk2 gambo yg plg menarik mata untuk melihat ialah family portrait depan kereta kebal US tu hawat si abang yg dok dlm stroller...
sebab si abang kalu dah penat mintak didukung. tak larat nak dukung budak 25kg tu! hehe. so better bawak dia naik stroller sebelum dia mengamuk dalam hutan tu :)
Post a Comment