Thursday, December 9

Vietnam Day 1: 25 Nov 2010

Eksaited sungguh ai pagi ni. Bangun pukul 4.30 pagi you! Eheh. Sebenarnya, mak tak habih packing lagi nyah! Last kopek punya packing ialah diapers budak-budak nih dengan bekalan makanan (aka maggi atau megis bak kata Imran) kat sana nanti.


Kitorang parking kereta kat sekolah my mum. Eh dah namanya rombongan cikgu-cikgi sekolah maka kenalah naik bas sekolah jugak untuk ke LCCT :) Bertolak dari sekolah pukul 6.30 pagi. Sampai LCCT, lepas check-in terus le breakfast pepagi buta kat Marry Brown.

Anak dara yang kemengantukan tertidur dalam bas


Flight pukul 9 pagi. Dalam flight kelaparan lah pulak maka membeli donut Krispy Kreme yang berharga RM6 untuk dua ketul tu. Huhu. Si Irma pulak nak air Ribena. Melayang lagik RM6. Belum jejak Vietnam ai dah shopping sakan atas kapal :P


Jejak bumi Vietnam pukul 10.30 pagi waktu Vietnam. Maknanya pukul 11.30 pagi waktu Malaysia lah.


Di airport


Kitorang duduk kat Hotel Thanh Long Tan. Hotel ni dekat je dengan VN Halal. Dengan pasar malam pun dekat.  Biliknya bersih. Ada peti ais penuh dengan air tin yang mahal :P, ada shower air panas, ada aircond dan kipas (pilih je mana korang nak guna :P), ada cable TV. Dapat jugak tengok HBO, Cinemax, Star Movie bersubtitle bahasa Vietnam :) dan tidak lupa Disney Channel dan Cartoon Network. Good enough for us. Ye lah ko bayar RM99 satu malam takyah lah demand tinggi-tinggi ye dak? 


Cuba kalau compare dengan hotel kat Malaysia yang rate nya gini. Ada dapat bilik bersih dan cable TV? Takde rasanya. Servis pun ok juga. Bellboy nya siap hantarkan beg ke bilik. Tak bagi kitorang sentuh beg tu. Hehe.


Dalam perjalanan ke hotel. Cuba teka bangunan apakah ini? Ini ialah klinik ye puan-puan. Cantik kan?


Pengangkutan utama di sini - motor. Sila perhati helmet diorang. I loike!


Inilah hotelnya :)


Sampai je depan hotel kitorang kena 'serang' dengan perempuan-perempuan Vietnam yang berniaga ke hulu ke hilir tu. Belum apa-apa dah ada cikgu-cikgi yang membeli belah. Dahsyat. Hihi. Naik bilik, rehat kejap lepas tu turun untuk lunch. Oh kat sini makan minum diuruskan oleh tourist guide kitorang. Aminah namanya. Dia ni orang Melayu Champa. Pernah duduk kat Terengganu 12 tahun. So cakap Melayu fasih. Tapi loghat Ganu la. Comel je bunyik.

Mak budak dan budak di tangga hotel. Tak koser nak melayan makcik yang datang 'menyerang' dengan barang souvenir diorang :)


Kelaparan sambil control macho


Kelaparan sambil control ayu konon


Sementara menunggu kehadiran makanan mari kita posing depan pokok Krismas


Imran dan senyum tak ikhlasnya


Lunch pertama kami sungguh.... erm... tidak kena dengan tekak dan perut ai. Nasi putih, ayam goreng, bayam goreng, sup kosong ada carrot dengan lobak putih, belacan. Diulangi, belacan. Bukan sambal belacan tau. Belacan semata tapi cair.


Berjaya juga dihabiskan. Anak panah menunjukkan sepiring belacan cair :)


Lepas makan tu memang lah kenyang tapi tak puas. Hihi. Melampau kan nepsu makan. Tak reti-reti nak bersyukur ke ZZ? Dapat makanan halal, tu yang penting, ye dak?


Lepas makan naik bilik, rehat-rehat sekejap, solat dan mandi. Lepas tu kumpul kat bawah. Oh kat hotel ni takde kettle. Kena mintak air panas kat diorang. Nanti diorang hantar dalam termos yang super besar ke bilik. Ada anak kecik yang minum FM ni air panas sah-sah la wajib ada kan. Lagipun, nanti nak masak megis senang :P


Destinasi pertama kami ialah Tan Binh (nama panjang sangat, haku sebut Tan Binh je la ek). Tan Binh ni macam yang dah disebut dalam entri lepas, ialah kawasan kedai borong. Kami sampai kat sana tapi tak tau nak beli apa. Takat cuci-cuci mata je la. Ye la, baju-baju dia comey-comey belaka saiznya. Mana lah ai muat! Ai kan terlebih comel.


Banyak giler motorrr.....


En Abah pulak berjaya merembat 2 set tali leher. Cantik kotak dia. Dalam setiap set tu ada tie, cuff dengan handkerchief yang sedondon. Ewah En Abah belum apa-apa dah shopping dulu kan. Over dari mak tau. Ekekeke.


Sementara menunggu cikgu-cikgi yang lain kami lepak le depan pintu bangunan tu. Punyalah berkuap dalam bangunan tu sampai berpeluh ketiak kitorang. Panas punya pasal, kitorang beli la air kelapa fresh sorang satu. Fuh. Terbaek wok! Sebiji kelapa harga 10,000 Dong, iaitu lebih kurang RM1.70. Murah la kan?


Depan Tan Binh. Ampunkan saiz badan yang dah nak sama lebar dengan tiang itu ye :P


Tengah syok menghayati air kelapa tu, kitorang perasan ada sorang mamat Vietnam ni perati je kitorang. Kalau tengok-tengok biasa takpe la jugak. Tapi ni dia tengok lain macam. Atas bawah dia pandang. Lepas tu dia lepak duduk dekat-dekat dengan kitorang. Takut ok. Tak lepas mata dengan tangan ai perhatikan anak-anak. Kot karang dia bawak lari ke apa kan. Huuu.


Masa kitorang nak berjalan ke arah bas pun dia follow je. Mula-mula ai jalan belakang sekali. Bila perasan yang dia ikut kitorang, cecepat la ai suruh En Abah jalan belakang ai. Takut seh. Nasib baik dia ikut kitorang separuh jalan je. Fuh.


Dalam perjalanan pulang ke hotel kitorang menikmati la pemandangan luar tingkap kan. Sekali tu ternampak satu gerai tepi jalan ni jual air kelapa 5,000 Dong aje! Oh tidak! Kalau 5,000 Dong baru berapa sen aje kan. Huhu. Oh ye masa kitorang gi sana dapat tukar duit RM1 = 5882 Dong. Lebih kurang 6000 Dong lah. 


Sampai kat hotel dalam pukul 7 malam. Dinner kitorang malam tu ok la sikit. Nasi putih, ayam masak goreng berlada yang tak berapa berlada :P, kangkung stir fry, telur dadar super tebal dengan yes, belacan cair. Punyalah 'kering' lauk. Nak tercekik pun ada. Hihi. Ayah ai terus gi kat bekas makanan besar dia lalu 'menculik' kuah sayur kangkung tu. Barulah nasi boleh 'lalu', bak kata pakcik ai.


Ayam goreng berlada yang tak berapa berlada


Irma dan Bapak :)

Perangai Imran sekarang - kalau ambik gambar suka buat muka tak ready. Huhu.


Aktiviti malam adalah bebas tapi bukan seks bebas ye harap maklum :P. Aminah bawak kitorang ke pasar malam. Tapak first yang dia bawak dah tentu-tentu kedai telekung bapak dia, Haji Ali. Habis telekung dengan Vietnam silk dia kena serbu dengan cikgu-cikgi ni. Ai hanya memandang sambil menahan nepsu kerana memikirkan untuk menyimpan Dong untuk bershopping di Ben Thanh Market. Ekekeke.


Tapi akhirnya ai tewas setelah En Abah memberi green light untuk membeli Vietnam silk itu. Maka dua pasang Vietnam silk berjaya dirembat. Satu untuk MIL, satu untuk diri sendiri. En Abah pulak beli t-shirt untuk dipakai esok. Ye, En Abah hanya membawa 2 helai t-shirt saja. Travel light lah konon.


Lepas tu, nak tiru En Abah beli t-shirt, ai dengan pandai-pandainya membelek t-shirt kat satu gerai ni. Memandangkan itu hari pertama dan ai pun masih bodoh-bodoh pasal harga kat sana, maka telah tertipu membeli t-shirt murahan pada harga 100,000 Dong. RM17 beb! Kalau kat KK dulu RM17 boleh dapat t-shirt yang kainnya lembut dan sejuk. Ini jangan kata lembut, tak 'memberi' pulak tu. 


Bila ai try kat hotel terus ai bertukar jadi Zety Sendat okeh. Ahhh tak boleh jadi ni. Maka ai dengan rela paksa hati memberikan t-shirt itu kepada En Abah. Oh sungguh terkantoi di sini yang ai lagi 'montok' dari En Abah. Huahuahua.


Selepas tidak berpuas hati dek kerana t-shirt Sendat itu, maka ai telah memasak sepeket megis bersama secawan kopi instant imported from Malaysia. Muahaha. Mari tambah berat badan! :P


Bersambung nanti... :)


Nota ZZ: Takde gambar masa kat pasar malam kerana kelabu mata melihat macam-macam benda. Sampai terlupa pulak kehadiran sang kamera. Maklumlah, kamera pinjam la katakan. Hahaha.


4 comments:

Nieza Ishak said...

hahahahah ...adoi zety, takde la kembang sgt ko ni haih.

agaknya mamat yg usha korang tue nak menyopet agaknya. dah sah2 bahasa lain .... sib baik ko aware.

Fid said...

tang mkn ko konsen lebih erk kakakakaka

isabelle said...

camna lak mrhubby pi vietnam dia kata x best sgt?
ooo...sebab i x ikut kot (ayat bersangka baik sempena menanti mlm jumaat).hahaha

Unknown said...

nieza,
ahahaha. jangan tertipu dengan ilusi optik tuh. ahaha.

fid,
sudah semstinya. kalau makan tak puas nanti akan makan lagi. muahaha.

isabelle,
mungkin ah kot. hehehe. best untuk pompuan sebab boleh shopping kot?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!