Tajuk je gitu tapi hakikatnya saya bukan budak kampung huhu.
Pagi tadi dengar HotFM cerita pasal budak kampung. Dengar pengalaman zaman kanak-kanak mereka yang ada kampung atau tinggal di kampung. Mesti best kan?
Macam saya, saya memang dilahirkan di KL, dibesarkan di Cheras hingga membesar dengan jayanya :P dan saya takde kampung. Kampung saya nun di Jalan Klang Lama. Satu lagi kat area Bukit Anggerik, Cheras. 'Jauhhhh' sangat. Hehe.
Masa kecik-kecik dulu sangat jealous dengan kawan-kawan yang nak balik kampung. Balik Johor la, balik Perak la. Jealous dan sedih sebab tak de kampung. Kecik-kecik dulu pun berangan bestnya kalau ada kampung yang ada sawah ke, sungai ke. Huhu.
Siapa kata semua budak bandar takmo duduk kampung? Saya teringin! Oh ok mungkin saya bukan lah budak bandar sangat. Lebih kepada pekan kecik la kot. Tak tau la kalau Pekan Batu 9 tu boleh digelar bandar ke tak hehe.
Agaknya macamana la perasaan anak-anak kita ye? Ok lah macam anak saya still ada kampung kat Seremban. Tapi, kampung lah sangat kalau rumah Mak Wan nya pun kat taman perumahan kan.
3 comments:
tiap kali org citer psl balik kg, mesti u malas nak mencelah kan? hehe
ahaha tau takper...
odah pun takde kampung lepas atok mak and tok bak meninggal. then kahwin dengan orang yang ada kampung, syok jugak.
masa bertandang, my niece first time tengok alive cow. "Ibu, big COW ibu".
Post a Comment