Thursday, March 24

Ikatan Keluarga Lebih Penting

Berbeza ideologi politik antara ahli keluarga adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Nak buat macamana. Darah sama yang mengalir dalam tubuh, tapi hati dan pendapat tak sama. 


Yang tak bestnya berbeza ideologi ni ialah bila mana ianya boleh membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan. Sungguh tidak manis. Sungguh makan dalam.


Bagi saya, walau kita berbeza ideologi, kita tetap keluarga. Bila berkumpul satu family, cerita-cerita berkaitan politik tak perlulah dijadikan topik utama. Lagi-lagi kalau kita tahu orang tu tak sehaluan dengan kita. 


Kalau salah seorang dah tercerita pasal politik dengan tak sengaja, pihak yang lagi satu rasanya tak perlulah nak bertikam lidah pulak dengan dia. Nak menegakkan benang yang entah basah entah tidak. Diam sudah. Takpun balaslah dengan cara berhemah yang tidak berbunyi seperti sebuah provokasi.


Banyak lagi cerita-cerita yang bukan berunsurkan politik yang boleh dijadikan topik untuk berbual mesra. Sudahlah jarang berjumpa. Bila berjumpa, bertekak pula. Silap-silap boleh bawa kepada bermasam muka dan terus tak bertegur sapa sampai bertahun-tahun lamanya. Tak ke dah jadi satu kerugian pada kita sebab renggangnya hubungan keluarga dek kerana politik? Bukan takat kita saja yang rugi, anak-anak pun turut rasa tempiasnya. Tak dapat berjumpa sepupu sepapat dek kerana ibu/ayah mereka yang tak sehaluan. Rugi rugi.


Berdebat itu tak salah andai tahu batasnya. Kalau rasa dah semakin tegang, undurkan diri. Kendurkan perasaan yang meluap-luap nak menangkan pemimpin pilihan masing-masing tu.


2 comments:

Anonymous said...

Ya...ada kalanyer kita tak perlu jadi terlalu lantang ..
There's always a time which u say best when u say nothing at all :p

Unknown said...

betul tu. diam tak bermakna kalah mahupun salah, ye dak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!