Monday, March 21

Pengalaman di PPUKM

Jumaat lebih kurang pukul 2.15 pagi ayah saya serbu masuk dalam bilik saya kejut saya dan En Abah. Ayah kata badan Imran panas lepas tu dia kejang.
Masa saya masuk tengok dia, badan dia dah lembik macam jelly. Macam takde tulang. Tapi suhu badannya Subhanallah panas kemain!


Untuk elak risiko kami bawak jugak Imran ke PPUKM. Walaupun saya tahu tak perlu panik kalau anak kena sawan tapi masa tu tak dapat nak elak rasa risau yang amat bila tengok anak sendiri lembik tak bermaya macam tu. 


Sampai di PPUKM kitorang terus ke emergency. Alhamdulilah kami dilayan dengan serta-merta. Disebabkan badan Imran panas, terus dia diberi ubat demam. Lepas tu ambil darah. Lepas tu kena sponging untuk turunkan suhu badan. Masa tu suhu dia 39 darjah Celcius.


Antara saat paling melegakan hati saya masa tu ialah masa dengar suara Imran menangis sambil membebel nak balik, nak balik. Hehe. Sebabnya sebelum tu dia tak bersuara pun. Sekadar merengek "uuu...uuu.." macam tu je.


Dalam sejam setengah macam tu doktor dari wad kanak-kanak pulak sampai. Lepas kena soal-siasat lebih kurang, dia kata Imran kena stay kat hospital untuk pantauan. Dia kena buat test air kencing.


So dalam pukul 5 pagi, Imran dipindahkan pulak dari wad kecemasan ke wad kanak-kanak. Lega dapat keluar dari wad kecemasan sebab kat situ sejukkkkk gila. 


Masa pindahkan Imran ayah saya balik dulu untuk bawa baju dan susu Imran. Saya dan En Abah stay untuk temankan Imran.


Bila tengok kiri kanan katil kat wad kanak-kanak terus saya rasa aduhai tak layaknya Imran duduk kat wad ni. Sekadar demam panas apalah sangat kan. Tapi dah doktor suruh stay kita ikutkan aje lah.


Duduk di wad kanak-kanak PPUKM bagi saya stafnya mesra dan baik. Ruang antara satu katil dengan katil pesakit yang lain agak luas dan selesa. Makan pun sodap. Sedap la untuk standard makanan hospital kan. Kalau Milo tu standard la dapat air Wahi. Hihi.


Pukul 6 petang tu Imran dah boleh balik. Doktor pun tak dapat nak detect apa punca Imran demam sampai kena sawan. Cek darah ok, telinga ok, paru-paru ok, air kencing ok. Mungkin demam biasa je kot. 


Sementara nak tunggu keputusan air kencing tu, Imran tersangat boring lepak atas katil Demam dah kebah le katakan. Dok bebel,
"Abang nak tuwun (dari katil) lah. Abang bowing. Bowing sangat-sangat."

"Jom la mama kita jalan-jalan. Abang bowing la."


Hehe.


Ini pengalaman pertama Imran masuk hospital. Hopefully lepas ni takkan masuk lagi, walaupun layanan kat PPUKM cukup baik.


2 comments:

isabelle said...

i dulu ms adam fits, gi hosp mersing. luas gak wpun kira pekan kecik je mersing tu.dah la masa tu raya haji, tapi layanan baik.
alhamdulillah imran is ok.u pun jaga diri baik2 gak tau

Unknown said...

baiklah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!