Monday, April 4

Imran & Toilet

Benda ni jadi Sabtu lepas.


Imran ni kalau masuk toilet dia tak bagi orang lain teman. Lepas tu siap suruh tutup pintu rapat-rapat lagi. Lepas tu mulalah berangan tah apa-apa dalam toilet tu :)


Ada sekali tu, atuk nya sempat intai dia dari celah-celah pjntu toilet. Dia tengah pegang berus toilet macam pegang mikrofon. Lepas tu buat announcement,

"Pembenangnya (Pemenangnya) ialah..." tapi ayat tak sempat habis sebab terkantoi atuk tengah ngintai. Hahaha.


Sabtu lepas, macam biasa dia suruh tutup pintu toilet rapat-rapat. Ni kat toilet cangkung. Atuk ngintai. Nampak dia tengah pegang batang paip toilet tu, then dia cakap,

"SAYA BOLEH LAKUKANNYA!"


Elok je habis ayat dia, celepop! Jatuh la seketul 'kona-kona' bersaiz besar. Hahaha. Agaknya dia tengah motivate diri dia la tu tadi. 


Macam-macam anak bujang haku nih.


4 comments:

C!kpuanmuda® said...

mak aihh.. sungguh motivasi diri.. LOL!

isabelle said...

kalo x kerana gelak sorg2 dikira mcm org gila.. mesti dah bergema FSG ni i gelak sakan.
lawak giler...

Anonymous said...

kahkahkah...sabar je laaaa..
adoi aaiiiii...kahkahkahkah...

Unknown said...

CPM,
kan? nak keluarkan kona2 besar tu kena effort yang tinggi la kut. haha.

isabelle,
hahaha. karang terkejut pulak satu FSG tu :)

madam za,
memang sabo je la masa dengar atuk dia cerita. gelak sampai meleleh air mata :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!