Wednesday, May 11

Bottle Feeding

Anak-anak korang berhenti hisap botol umur berapa ye? Imran masih lagi guna botol walaupun umur dah 4 tahun. Ye, mak nya ni pun dulu guna botol susu sampai tadika. Hoho. Tapi bila baca artikel yang mengatakan prolonged bottle feeding boleh membawa kepada obesiti, saya adalah risau.


Lagi-lagi Imran dan maknya sekali  memang agak terlebih chubby. Huhu.


It is quite hard nak suruh dia berhenti guna botol susu. Sama susahnya nak bagi dia lupakan Mon (and now Hello Kitty Aunty Adik dia pun dia sapu jugak!). Rasanya sekarang dia minum susu tu sekadar untuk comfort dan memudahkan dia tidur instead of sebagai sebahagian daripada keperluan nutrisi (ewah bunyik macam iklan FM pulak). 


Memandangkan agak payah nak pisahkan dia dengan botol susu, buat masa ni inisiatif yang boleh saya ambik (dan suggestion dari paed jugak) ialah cairkan susu dia. Maknanya kalau sepatutnya 1oz air kena letak 2 scoop susu, sekarang ni untuk 6oz saya letak satu atau setengah scoop je. Hehehe. Gila cair lah. Tapi dia tak komplen apa-apa pun. Nampak nau dia sekadar nak comfort bila guna botol susu tu - boleh baring-baring minum susu sambil tengok TV :P.


So, ada sesiapa yang boleh bagi petua macamana nak bagi Imran (dan Irma sekali kalau boleh) lupakan botol susu kesayangan dia tak?



Nota ZZ: Ada sesiapa yang berjaya capture hits counter 33,333? Kalau ada, sila email saya di zetyzin at gmail dot com :)


6 comments:

Unknown said...

salam kak...

erm, nak share byk pun leen tak sure sebenarnya mcm mana nak slow down kan bottle ni. cuma, anak leen yang leen buat haritu leen slow talk dgn dia cakap yg budak besar dah tak payah pakai botol pastu tunjuk la kat dia semua iklan kat tv kan budak2 tu sume minum susu guna sipping cup kan.. hahaha. lama-lama dia accept. bila dah slowly accept, cepat2 sorok botol sebab tak mahu dia teringat2. train selama sebulan pastu ok.

so maybe akak boleh try slow talk dgn dia ke? hehe. just my two cents. leen pun x tahu nk share apa bab ni...

Unknown said...

pernah slow talk dengan dia. tau apa dia jawab? "biarlah abang pakai botol!"

haru sungguh. nampaknya kalau nak bagi dia stop guna botol harus dengan adiknya sekali stop agaknya. sebab bila tengok adik dia minum guna botol tu yang buat gian dia datang balik kot.

Unknown said...

ha'ah laa kak. leen pun rasa mcm tu. sbb adik dia still on bottle lg kan. hehehe. nampaknya kena buat dua2 sekali gus la tu ya.. adik pun dah boleh start slow down kot kan.. dah lebih dua tahun.

lucu la. itu pula jawapannya ya. haha.

Nieza Ishak said...

suffiya membotol malam jerk, siang2 minum dalam cawan ..

kesian gak kdg2 sbb derang gian. cuba sekat kot zety.

Unknown said...

nieza,
ok lah tu boleh guna cawan.
nak sekat agak susah sikit le sebab duduk dengan atuk nenek dia kan. dah jadi 'anak atuk' instead of 'cucu atuk'. manja tu ada lebeyy sikit. atuk nenek pun cepat kesian. huhu.

kalau ikutkan mak nya ni memang boleh je nak jadi kejam sikit. hehe.

tapi nak tak nak kena try jugak la kot kan.

Min Aina Ila Aina said...

Ada doa pemisah untuk susu badan, botol susu, dan puting dalam buku Rawatan Islam oleh ustaz Amran Kasimin, anak murid ustaz Haron Din.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!