Monday, May 9

Selamat Hari Ibu

Rasanya belum terlambat kot nak ucapkan Happy Mother's Day kat semua ibu-ibu :)


Kami tak sambut Hari Ibu pun. Hari Ibu sama je macam hari Ahad yang lain. Cuma kebetulan semalam En Abah bawak kami anak beranak ke Alamanda. Mencari hadiah. Bukan hadiah sempena Hari Ibu. Tapi hadiah birthday Imran dengan Irma. Hehe. So kalau dah sampai kat Alamanda tu, ke mana lagi kalau bukan ke kedai mainan besar tu.


Kelmarin majlis pertunangan adik saya. Sambut sekali dengan birthday Imran dan Irma. Alah, setakat potong kek untuk budak-budak. Cukup buat diorang happy :)


Masa kenduri siap ada kambing panggang. Waduh-waduh... dok makan kambing aje lah kerja haku. Lepas tu bila malam mengadu panas la, sakit kepala la, migrain la. Padan muka diri sendiri. Hahaha.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!