Thursday, May 5

Surat Untuk Imran

Imran sayang,


Dah empat tahun dah umur Imran. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je hari tu mama dukung baby yang baru lahir dari rahim mama sendiri, untuk pertama kali dalam hidup mama. Peluk cium baby mama sendiri. Bau baby mama yang sungguh wangi.


Rasa baru je hari tu, mama terdengar Imran panggil mama untuk pertama kali. Dan tanpa diajar panggil "bapak" walau dah berkali-kali mama latih Imran pangil "abah". Hihi. Rasa macam baru je mama tengok Imran memulakan langkah pertama tanpa bantuan sesiapa masa Imran setahun tiga bulan.


Rasa macam baru je hari tu mama menangis sakan masa pertama kali anak mama demam panas sampai lembik badan. Sedih betul masa tu bila Imran asyik diambil darah. Imran rileks je tapi mama yang nangis :)


Hari ni Imran dah 4 tahun. Dah petah bercakap walau masih ada pelat sikit-sikit. Takpe. Mama tak kisah. Pelat tu kan cute :) Lagipun, mungkin ini saja saat-saatnya mama dapat dengar Imran cakap pelat. Nanti Imran makin dewasa, mama takkan dengar lagi pelat-pelat cute Imran tu kan?


Imran sangat suka bercakap, bertanya itu ini sampai mama tak larat nak layan. Hehe. Maafkan mama ye nak kalau kadang-kadang tu mama jawab, "ye lahhh Imrannn...." Hihi. Oh Imran juga kadang-kadang lorat bila berborak dengan mama. Selalu bagi statement sengal macam, "mama ni gomok lah!" Hoho. Sentap sungguh! :P


Imran,


Selamat hari lahir sayang. Mama doakan Imran jadi seorang anak yang baik, hamba Allah yang soleh, jadi seorang abang yang sentiasa menjaga adik-adik. Mama doakan Imran dikurniakan akal yang bijak, kesihatan fizikal dan rohani yang mantap, dan yang penting, mama doakan semoga Imran mewarisi segala sifat Rasulullah SAW. Semoga dikurniakan segala yang terbaik untuk Imran.


Satu yang Imran perlu ingat. Walau garang macamana pun mama ni, walau mama selalu bertukar jadi singa betina, monster dan tarzan, mama tetap sayang Imran. Mama sayang sangat-sangat anak bujang mama ni.


Happy 4th birthday, Muhammad Imran Danish!



Mama,
XOXO
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!