Thursday, May 5

I Miss My Supir...

... sebab bawak kereta sendiri mengharung jem sambil menahan loya adalah sungguh menghabiskan tenaga!


Sejak akhir-akhir terasa saaaangat letih tiapkali jejak kaki ke rumah. Lagi-lagi kalau balik lambat sikit. Pergh. Ngadap jem manjang je la jawabnya. 


Pregnancy kali ni memang agak memenatkan. Muntah-muntah takde, selera makan okeh (bertambah-tambah lagi ada lah!). Cuma tang penat tu la yang paling tak tahan. Cepat bebeno habis tenaga. Tension hokeh.


Kadang tu elok je lepas Isyak mata terus rasa berat. Sangat tak best sebab tak dapat nak spend masa dengan anak-anak. Jangan kata dengan anak. Dengan En Abah pun dah kurang berborak dek kerana bini dia ni tidur awal je.


Dulu masa En Abah masa memegang title supir tetap sepenuh masa, memang rileks sungguh la hidup kan. Kalau drive pun ikut turn. Dia drive masa gi kerja, kita drive masa balik. Ok la kan. Takde la penat sangat.


Oh how I miss my supir... 


Nota ZZ: Ini adalah entri mengada-ngada nak mengadu kat En Abah secara indirect :P


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!